NAHRIM buka pengambilan jawatan kosong terkini: Tawaran gaji RM1,800/sebulan

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PENOLONG PEGAWAI OPERASI

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Kontrak Personel MySTEP
  • Kadar Upah: RM1,800/sebulan
  • Tempoh: 8 Bulan
  • Kekosongan: 1 Kekosongan
  • Tempat Bertugas: Nahrim, Seri Kembangan, Selangor

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Memiliki kelayakan akademik sekurangnya Diploma/STPM yang diiktiraf oleh kerajaan dengan keutamaan bidang perakaunan, kewangan, perbankan atau pengajian perniagaan;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Boleh bekerja secara berpasukan, dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan;
  • Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum dan bersesuaian dengan kaedah kerja semasa pandemik seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan (bergantung kepada keadaan semasa);
  • Berintegriti, berdisiplin dan berpersonaliti kemas; dan Mempunyai minat untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran kendiri.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan menghantar resume berserta gambar berukuran pasport, salinan Kad Pengenalan dan salinan sijil akademik ke alamat e-mel: [email protected].

Pemohon hendaklah menyatakan tajuk e-mel: PERMOHONAN MYSTEP_’KELAYAKAN AKADEMIK CALON’ (contoh: PERMOHONAN MYSTEP_PERAKAUNAN).

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 25 MAC 2022, JUMAAT.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…