Neelofa pergi Langkawi guna surat Chatime: PA Neelofa & PA Chatime dikatakan adik beradik?

Belum reda dengan isu pelanggaran pematuhan SOP di majlis pernikahan selebriti terkenal Neelofa, kini telah muncul pula isu beliau dan suami, PU Riz pergi ke Langkawi. Isunya terjadi selepas ramai pihak mempertikaikan tindakan Neelofa itu, dikala rentas negeri masih lagi belum dibenarkan lagi oleh pihak Kerajaan.

Pihak Polis Daerah Brickfields kemudiannya mengesahkan bahawa mereka telah memberi kebenaran kepada Neelofa dan tiga individu lain untuk pergi ke Langkawi atas urusan kerja dan bukannya berbulan madu.

“Syarikat terbabit mengemukakan surat tertera nama Neelofa dan tiga yang lain sebagai mewakili mereka untuk melawat lokasi perniagaan yang akan dibuka di sana.” – Petikan Harian Metro.

Pengesahan dari pihak polis itu turut disambut oleh pembekal makanan dan minuman Chatime Malaysia Sdn Bhd yang mengesahkan selebriti dan usahawan berkenaan bersama suami di Langkawi atas urusan kerja.

Kenyataan itu turut mengatakan yang Neelofa akan melakukan lawatan kerja ke tiga lokasi di zon utara iaitu Sungai Petani dan Langkawi, Kedah dan Kangar, Perlis bagi tujuan pembukaan cawangan baharu.

Cumanya, ada penemuan baru di kalangan memerhati tentang hubungan antara Neelofa dan pihak Chatime. Ini kerana, dikatakan bahawa pembantu peribadi (PA) Neelofa dan PA Pengarah Chatime adalah adik beradik.

Ia dikesan berdasarkan nama bapa masing-masing yang sama melalui laman LinkedIn. PA Neelofa melalui syarikat Neelofa Sdn Bhd adalah Nur Nadiah Khairuddin, manakala PA Pengarah Chatime pula adalah Malihah Khairuddin.

Masing-masing juga telah bekerja selama lebih 4 tahun (untuk Neelofa Sdn Bhd) dan lebih 3 tahun (untuk Chatime Malaysia). Bagaimanapun, sama ada mereka itu adalah adik beradik sebenar, masih lagi belum dapat disahkan.

Sumber: Berita Harian,Harian Metro & LinkedIn.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…