Pakar Ekonomi cadang kerajaan beri RM1,500 sebulan kepada golongan B40 & M40 untuk 3 bulan

Seperti yang sedia maklum, bermula pada 1 Jun 2021 ini – sekatan pergerakan penuh (total lockdown) akan dilaksanakan di seluruh negara bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 yang masih belum reda.

Bagaimanapun, pelaksanaan sekatan pergerakan penuh ini sedikit sebanyak telah menimbulkan kebimbangan ramai pihak, khususnya tentang kebajikan rakyat yang terjejas akibat pelaksanaannya.

Pakar Ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid dalam tulisannya di Malaysiakini baru-baru ini mengulas – kerajaan harus memberi bantuan sepenuhnya kepada rakyat, terutamanya yang bekerja sendiri seperti Makcik Kiah, syarikat kecil dan sederhana dan mereka dalam golongan B40 serta M40.

Ini kerana, kebanyakan rakyat pada hari ini telah kering simpanan mereka dan malah mereka mengeluarkan wang simpanan sendiri melalui program-program KWSP.

Oleh itu, beliau mencadangkan supaya semua pekerja sendiri dan isi rumah dalam golongan B40 and M40 diberikan bantuan bulanan sebanyak RM1,500 sebulan untuk tempoh 3 bulan.

Subsidi upah juga perlu diberikan kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana seperti mana yang diberikan pada tahun lalu untuk tempoh tiga bulan.

Menurutnya, jumlah pengeluaran duit rakyat sendiri dari KWSP hampir berjumlah RM80 bilion dan penenangguhkan bayaran hutang melalui ‘loan moratorium’ pula sebanyak RM151 bilion.

“Ini jauh lebih tinggi daripada bantuan yang diterima dari kerajaan. Untuk pembandingan, suntikan fiskal kerajaan sejak krisis ini berlaku sejak awal tahun lepas hanyalah RM 72 bilion.” – ktatanya.

Selain itu, pinjaman daripada bank dan agensi kredit turut harus diberikan moratorium untuk tempoh sama, secara automatik. Baginya, bank tidak akan jatuh muflis dan hakikatnya tiada sebuah bank pun yang mengalami kerugian tahun lalu walaupun selepas memberikan moratorium pinjaman.

“Kenyataan pihak Bank Negara Malaysia bahawa moratorium pinjaman bukan penyelesaian terbaik untuk semua peminjam dan bukanlah kepentingan terbaik ekonomi negara amatlah memeranjatkan sekali.

Apa gunanya ekonomi berkembang jika setiap hari berpuluh rakyat Malaysia mati, dan beribu-ribu hidup dalam tekanan dan kebimbangan kerana tidak mampu menyara keluarga? Ekonomi boleh dipulihkan, tetapi nyawa yang sudah tiada, mustahil dapat dikembalikan.” – katanya.

Tambahnya, adalah lebih baik untuk kerajaan berhutang untuk menyelamatkan rakyat, lebih-lebih lagi kadar hutang negara kini hanya sekitar 60 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Beliau berhujah, negara sebenarnya pernah berhutang lebih 100 peratus dari KDNK, ketika berlakunya krisis ekonomi dan pengangguran pada tahun 1980-an.

“Tetapi, kadar hutang ini dapat dikurangkan dengan pantas apabila ekonomi berkembang kembali. Lebih baik berhutang untuk menyelamatkan rakyat, daripada menyimpan duit tetapi rakyat sengsara atau berdepan kematian. Prihatinkah kerajaan kita? – soalnya.

Sumber: Malaysiakini.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…