Palsukan tuntutan gaji, bekas eksekutif didenda RM80K dan dipenjara dua bulan

Kerana memalsukan tuntutan gaji dan berlaku tidak amanah, seorang bekas eksekutif telah dijatuhi hukuman denda RM80,000 dan penjara dua bulan oleh Mahkamah Sesyen pada 11 Mac lalu.

Keputusan itu dibuat selepas Siti Aishah Mohamad Amir, 31 tahun, didakwa telah memasukkan nombor akuan atas namanya untuk menunutut gaji bekerja Hovid Berhad yang telah berhenti pada antara 29 Jun 2018 dan 29 Mac 2019.

Tertuduh kemudiannya mengaku bersalah atas lima pertuduhan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim S Indera Nehru.

Sebelum ini, suami tertuduh yang juga merupakan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal turut telah didakwa di mahkamah sama atas 25 tuduhan bersubahat dengannya, berjumlah lebih RM263,000 dari syarikat sama antara 2018 dan 2020.

Menurut pendakwaan, Mohd Iqbal Fakhruddin Roslan, 31 tahun, yang bertugas di Shah Alam didakwa bersubahat dengan Siti Aisyah dengan memasukkan nombor akaun miliknya bagi menuntut gaji sedangkan dia bukan pekerja syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah atas kesemua tuduhan tesebut dan mahkamah menetapkan 17 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber: Astro Awani.

_________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…