Parlimen Malaysia buka 10 kekosongan jawatan terkini: Gaji dari RM1,352 hingga RM4,052

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Parlimen Malaysia kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – GRED N19
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
    • Kekosongan: 4
  2. JURUTEKNIK KOMPUTER – GRED FT19
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Sistem Maklumat
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Gaji: RM1,377 – RM4,052
    • Kekosongan: 6

Syarat-syarat Kelayakan

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – GRED N19

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia / Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 2/ 3) atau berkelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan lima (5) subjek yang lain pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Mempunyai kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office;
  • Telah lengkap divaksin.

 

JURUTEKNIK KOMPUTER – GRED FT19

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki Sijil Vokasional Malaysia (SVM)/ Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2/ 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu serta 3 subjek yang lain dalam peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Keutamaan kepada calon-calon yang mempunyai:
    • Berpengetahuan dan mahir dalam penggunaan komputer;
    • Berpengatahuan dalan bidang penyelenggaraan perkakasan komputer;
    • Mempunyai pengetahuan asas dalam rangkaian atas talian (Networking).
  • Telah lengkap divaksin.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan jawatan, muat turun – DI SINI.

Borang yang lengkap kemudianya perlu dilampirkan bersama:

  • Sekeping gambar berukuran passport;
  • Resume;
  • Salinan Sijil Kelahiran;
  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan kelulusan akademik;
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
  • Dokumen-dokumen berkaitan.

 

Semua salinan juga perlu diperakui sah oleh pegawai kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas). Borang dan semua salinan perlu dihantar ke alamat:

Ketua Pentadbir, Parlimen Malaysia, Aras 4, Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran, Jalan Parlimen, 50680, Kuala Lumpur (U.P: Seksyen Pengurusan Sumber Manusia dan Inovasi)

Tarikh tutup permohonan pada 04 FEBRUARI 2022, JUMAAT.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia: Tawaran Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia: Tawaran Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Jabatan Penerangan Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
RM300 Dikreditkan Setiap Bulan Secara Automatik: Ini Maklumat Bantuan e-Wallet BINGKAS

RM300 Dikreditkan Setiap Bulan Secara Automatik: Ini Maklumat Bantuan e-Wallet BINGKAS

Dalam kesibukan menjalani kehidupan moden, keperluan harian sering kali dianggap sesuatu yang biasa dan kurang diberi perhatian. Namun, tanpa kita…
RM200 Dikreditkan Semula Ke MyKad Bulan Depan (Mei 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

RM200 Dikreditkan Semula Ke MyKad Bulan Depan (Mei 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

Dalam konteks ekonomi Malaysia, istilah “B40” merujuk kepada kumpulan 40% rakyat yang berpendapatan terendah dalam negara. Menurut data rasmi, B40…