Pekerja industri hotel rasa lega, mahkamah putuskan gaji pokok tak termasuk caj perkhidmatan

Hampir 110,000 kakitangan industri perhotelan di Malaysia nampaknya boleh menarik nafas lega selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa upah pokok mereka haruslah tidak termasuk caj perkhidmatan 10 peratus yang dikenakan ke atas pelanggan.

Membuat keputusan itu, barisan tiga hakim yang dipengerusikan oleh Nallini Pathmanathan juga mengisytiharkan upah minimum mestilah daripada majikan dan bukannya dana caj perkhidmatan berkenaan.

Upah minimum turut ditakrifkan sebagai gaji pokok dan ia sekaligus mengetepikan rayuan Crystal Crown Hotel and Resort Sdn Bhd dalam kes berkenaan.

Isu ini tercetus selepas berlakunya pertikaian di antara pihak hotel dan Kesatuan Pekerja Hotel, Bar dan Restoran Semenanjung Malaysia apabila pihak hotel berkeras mahukan caj perkhidmaran digunakan untuk membayar upah minimum wajib pekerja.

“Kedua-dua pihak sedang merundingkan perjanjian kolektif bagi Oktober 2011 dan September 2014 dan antara perkara yang dipertikaikan adalah memasukkan caj perkhidmatan dalam upah minimum kakitangan.” – Petikan dari Free Malaysia Today.

Hakim Nallini berkata, caj perkhidmatan adalah wang yang dikutip daripada pihak ketiga, dan ia bukan milik hotel sebaliknya diamanahkan.

Walaupun pihaknya menyedari kesan pandemik ketika ini ke atas industri perhotelan, tetapi pihaknya menjawab persoalan undang-undang berkenaan tafsiran perundangan upah minimum, makanya jawapan mereka mestilah menurut prinsip undang-undang yang tidak dipertikaikan lagi.

Sementara itu, caj perkhidmatan adalah bayaran yang dikutip oleh kakitangan yang mengenakan caj itu dan dikumpulkan dalam suatu dana untuk dibayar kepada pekerja dalam industri berkenaan.

Mengulas perkembangan itu, Setiausaha Agung Kesatuan,  Rosli Affandi berkata keputusan hari berkenaan akan memberi manfaat kepada 110,000 pekerja walaupun bukan semuanya ahli kesatuan.

Sumber: Free Malaysia Today.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…