Pekerja kilang di Selangor dan Pulau Pinang? Anda akan diberi keutamaan mendapatkan vaksin

Disebabkan sektor perkilangan dan pembuatan yang rancak di Selangor dan Pulau Pinang, kerajaan akan memberikan keutamaan kepada pekerja di sektor itu bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keutamaan penerima vaksin berkenaan tidak hanya terhad kepada pekerja tempatan, tetapi juga termasuk pekerja asing.

“Kerajaan memang komited dalam melaksanakan program imunisasi ini termasuk kepada pekerja asing. Kita juga ambil maklum Pulau Pinang dan Selangor adalah antara negeri yang menyumbang kepada ekonomi negara kerana wujudnya industri dan aktiviti ekonomi yang rancak.

“Justeru, ini adalah zon yang akan diberi keutamaan untuk mendapat suntikan vaksin bagi pekerja dalam industri perkilangan dan pembuatan.” – Katanya, petikan laporan Berita Harian.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan bahawa usaha itu berdepan cabaran kerana negara kini berdepan dengan masalah bekalan vaksin yang masih rendah.

Dalam masa sama, ketika ditanya tentang sama ada kerajaan akan mengambil langkan mengurangkan kehadiran pekerja sektor berkenaan di tempat kerja, kerana kemungkinan gelombang keempat Covid-19, Azmin berkata pihaknya akan menunggu penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Jika ada penilaian risiko yang dikemukakan KKM, kita akan ambil tindakan yang tegas dan sewajarnya kerana kesihatan serta keselamatan rakyat adalah keutamaan kita.” – Katanya, petikan dari laporan Berita Harian.

Sumber: Berita Harian.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…
Dividen telah diumumkan: Ini bantuan kewangan yang bakal diperkenalkan Tabung Haji

Dividen telah diumumkan: Ini bantuan kewangan yang bakal diperkenalkan Tabung Haji

Akhirnya penantian ramai pihak terjawab, apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad telah pun mengumumkan…