Pelbagai bantuan dari RM100 hingga RM1,000 ~ Semakan status & panduan pendaftaran iSejahtera

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pihak kerajaan negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan program kebajikan yang dikenali sebagai iSejahtera.

Melalui iSejahtera, pelbagai program bantuan telah diperkenalkan seperti:

  1. Program Penghargaan Warga Emas
  2. Program Bantuan Ibu Tunggal
  3. Program Bantuan OKU
  4. Program Anak Emas
  5. Program Bantuan Ibu Emas

Bentuk Sumbangan

Melalui iSejahtera, bantuan yang diberikan adalah berbentuk kewangan mengikut jenis program yang dimohon:-

  • Program Penghargaan Warga Emas – RM150 setahun sekali diberikan dan bagi warga emas yang meninggal dunia, sumbangan RM1,000 secara one-off diberikan kepada waris warga emas.
  • Program Bantuan Ibu Tunggal dan Ibu Emas – RM100 setahun sekali diberikan manakala sumbangan OKU dinaikkan dari RM100 ke RM150 setahun sekali
  • Ibu Tunggal atau OKU meninggal dunia – RM1,000 secara one-off diberikan kepada waris Ibu Tunggal & OKU.
  • Program Anak Emas – Setiap bayi yang didaftarkan dalam program ini akan menerima sumbangan RM200 sekali sahaja (one-off).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
  • Menepati syarat-syarat khusus untuk program bantuan yang dimohon (KLIK SINI untuk syarat-syarat terperinci)

Cara Memohon

Bagi yang ingin memohon, pemohon mestilah mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR.

Borang berkenaan seterusnya hendaklah dikembalikan, bersama dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.

Bagi permohonan secara atas talian (KLIK SINI), ia hanya terhad untuk Program Anak Emas, Warga Emas, Ibu Emas dan Ibu Tunggal sahaja.

Semakan status kelayakan juga boleh dibuat di laman rasmi iSejahtera – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…