Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebuah badan berkanun Kerajaan. Pada ketikan ini, LLM sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang dibuka.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
- JURUTERA MEKANIKAL (GRED J41)
- Taraf Jawatan: Kontrak/Tetap
- Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
- Jadual Gaji: RM2,529 – RM9,643
- PEMANDU KENDERAAN (GRED H11)
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Jadual Gaji: RM1,218 – RM2,939
Syarat-Syarat Kelayakan
JURUTERA MEKANIKAL (GRED J41)
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia. (Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PEMANDU KENDERAAN (GRED H11)
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
- Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
- Lesen D: RM1,264.15
- Lesen E/E1/E2: RM1,310.30
- Lesen F/H: RM1,356.45
- Lesen G/I: RM1,402.60
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Bidang Tugas
JURUTERA MEKANIKAL (GRED J41)
Memantau dan memastikan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal (M&E) di lebuh raya merangkumi peringkat perancangan, rekabentuk, pembinaan, operasi dan penyenggaraan dilaksana serta disiapkan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
Di samping itu, turut bertanggungjawab dalam menyemak, memberi ulasan dan kelulusan ke atas Ringkasan Rekabentuk dan Lukisan Rekabentuk Terperinci bagi Sistem Perlampuan Jalan, Sistem Kutipan Tol (TCS), Sistem Pengawasan dan Kawalan Trafik (TCSS) dan Sistem M&E Bangunan dan Sistem M&E Terowong. Selain itu, bertanggungjawab menguruskan kontrak penyenggaraan M&E Bangunan dan Pusat Pengurusan Trafik (TMC) LLM.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
PEMANDU KENDERAAN (GRED H11)
Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan.
Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.
Cara Memohon Jawatan Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal e-Jawatan LLM. Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Jika pemohon dipanggil untuk menghadiri temuduga, sila bawa bersama dokumen-dokumen berikut:
- Sekeping gambar berukuran pasport yang ditulis nama dan no. kad pengenalan dibelakangnya;
- Kad pengenalan asal dan satu salinannya yang diakui sah;
- Sijil-sijil asal berkaitan dan satu salinannya yang diakui sah; dan
- Apa-apa surat akuan asal dan satu salinannya yang diakui sah.
Sijil-sijil hendaklah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.
Tarikh tutup permohonan pada 11 Oktober 2024.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.