Pelbagai jawatan kini ditawarkan di SIRIM QAS International: Minima SPM layak memohon

SIRIM QAS International Sdn Bhd adalah badan pensijilan, pengujian dan pemeriksaan terkemuka di negara ini serta merupakan milik penuh SIRIM Group. Sebagai rakan kongsi utama International Certification Network (IQNet), sistem pengurusan pensijilan badan ini telah mendapat pengiktirafan di seluruh dunia dan terus berkembang maju dengan jayanya.

Ia juga muncul sebagai penyedia perkhidmatan pensijilan, pemeriksaan dan pengujian yang terakreditasi di bawah banyak badan antarabangsa, termasuklah seperti Badan Akreditasi Nasional, Jabatan Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA) dan Perkhidmatan Akreditasi United Kingdom (UKAS).

Selaras dengan peranannya itu, kini SIRIM QAS International telah membuka beberapa kekosongan yang sedia untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Juruteknik FPST – 2 kekosongan
    • Kelayakan: Diploma/Sijil Politeknik Kejuruteraan dalam bidang yang berkaitan.
  2. Juruteknik – 3 kekosongan
    • Kelayakan: Diploma/Sijil Politeknik Kimia/Mekanikal (Bahan/Tekstil)/MLVK (Lanjutan) dalam bidang yang berkaitan.
  3. Juruteknik (Elektrikal)
    • Kelayakan: Minima SPM, atau PMR/SKM (Tahap 1/Tahap 2)

 

Seperti yang dinyatakan, kelayakan akademik bagi jawatan-jawatan adalah dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Diploma mengikut ketetapan khusus jawatan. Taraf jawatan-jawatan pula adalah berstatus sepenuh masa.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, iklan penuh jawatan berserta kelayakan dan bidang tugas boleh didapati DI SINI. Untuk permohonan pula, ia boleh dibuat di LAMAN INI, dengan mendaftar dahulu di sistem yang disediakan. Pemohon kemudiannya boleh klik ‘Apply Now’ pada jawatan yang hendak dimohon.

Hanya calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga. Tempoh purata pemprosesan permohonan adalah 27 hari.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…