Perkhidmatan Awam

Pelbagai Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam Negeri ~ Gaji sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor

  1. PEMBANTU KHIDMAT AM (H1)
    • Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
    • Jadual Gaji : RM1,500 – RM4,680
  2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (N1)
    • Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
    • Jadual Gaji : RM1,500 – RM4,680

Syarat-Syarat Kelayakan

PEMBANTU KHIDMAT AM (H1)

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
    • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00).
  • Memiliki lesen memandu Kelas B2/B/DA/D/E2/E1/E/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)] dan berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh tugasan berkenaan; atau
  • Bagi tugas pengendalian kren, calon perlu memiliki Sijil Pendaftaran Orang Kompeten yang berkaitan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; atau
  • Bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia; atau
  • Bagi tugas pengendalian dandang, calon perlu memiliki sekurang-kurangnya Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Enjin Pembakaran Dalam) Gred 2 atau Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Dandang Stim/Enjin Stim) Gred 2 mengikut mana yang berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta berkebolehan mengendalikan loji pembakaran dalam 40-100 kuasa kuda atau loji stim/dandang yang luas permukaan pembakarannya di bawah 100 kaki persegi mana yang berkenaan; atau
  • Bagi tugasan menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas dan berkebolehan berenang.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (N1)

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,500.00); atau
    • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,500.00); atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,561.00); atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,622.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem Permohonan Perjawatan Kontrak Negeri Johor. Calon disarankan meneliti syarat-syarat kelayakan dan memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan untuk sesi temu duga.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 09 FEBRUARI 2025. 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

RM150 -RM650 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 2: Ini Senarai Penerima & Tarikh Bayaran

RM150 -RM650 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 2: Ini Senarai Penerima & Tarikh Bayaran

Dalam landskap ekonomi Malaysia, istilah B40 dan M40 sering digunakan untuk merujuk kepada dua kumpulan pendapatan utama dalam masyarakat. B40,…
Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dinanti-nantikan, termasuk di Malaysia. Ia bukan sahaja menandakan berakhirnya bulan Ramadan, tetapi juga menjadi…
Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Hari Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Ia bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga simbol…