Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan KOBANAS
- PENOLONG EKSEKUTIF AKAUN
- Taraf Jawatan: Tetap
- PEMBANTU FARMASI / PEMBANTU JUALAN
- Taraf Jawatan: Tetap
- Gaji: RM1,500 – RM1,999
- EKSEKUTIF / PENOLONG EKSEKUTIF SOKONGAN PERNIAGAAN
- Taraf Jawatan: Tetap
- Gaji: RM1,500 – RM1,999
Syarat-syarat Kelayakan
- PENOLONG EKSEKUTIF AKAUN
- Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Diploma / Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS) atau kelayakan yang setaraf dengannya;
- Berpengalaman kerja 1 – 2 tahun dalam bidang perakaunan/kewangan;
- Kemahiran yang baik dalam menguruskan kewangan koperasi;
- Berkemahiran menggunakan aplikasi komputer seperti MS Office;
- Berpengetahuan dalam penyediaan akaun / kewangan koperasi;
- Bertanggungjawab, amanah, proaktif, berdedikasi dan komited serta memiliki kemahiran komunikasi yang baik.
- PEMBANTU FARMASI / PEMBANTU JUALAN
- Memiliki sekurang-kurangnya sijil pelajaran di Peringkat Sekolah Menengah/SPM/STPM, Diploma atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan;
- Berperwatakan ceria dan boleh bekerja di dalam kumpulan;
- Boleh berkerja syif;
- Amanah, bertanggungjawab dan berdisiplin;
- Boleh berinteraksi dengan baik;
- Bersedia untuk belajar dan bermotivasi tinggi;
- Boleh mula kerja segera adalah satu kelebihan.
- EKSEKUTIF / PENOLONG EKSEKUTIF SOKONGAN PERNIAGAAN
- Memiliki Diploma / Ijazah yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dalam bidang yang berkaitan;
- Mempunyai keperibadian dengan integriti dan kemahiran komunikasi yang baik;
- Mempunyai minat terhadapt akitviti pemasaran produk;
- Mempunyai kemahiran komputer yang baik, termasuk penggunaan Microsoft Word dan Excel;
- Lepasan graduan digalakkan memohon.
Bidang Tugas
- PENOLONG EKSEKUTIF AKAUN
- Bertanggungjawab dalam menyediakan set perakaunan dan laporan kewangan bulanan;
- Pantau aliran tunai, Akaun Belum Terima (Debtors) dan Akaun Belum Bayar (Creditors);
- Membantu dalam analisis belanjawan kewangan;
- Mengemaskini data-data berkaitan akaun.
- PEMBANTU FARMASI / PEMBANTU JUALAN
- Bekerjasama dengan Pegawai Farmasi dalam melakukan khidmat farmaseutikal yang terbaik kepada komuniti pelanggan di sekitarnya;
- Membantu Pegawai Farmasi dalam proses pendispensan ubat dan melayan pelanggan;
- Stok inventori termasuk menerima stok, menyemak tarikh luput, menyusun barangan yang sedia ada di farmasi;
- Memastikan dan mengekalkan kebersihan dan kekemasan farmasi;
- Memberi perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan sentiasa aktif dalam mempromosikan produk-produk di farmasi kepada pelanggan;
- Membina hubungan baik dengan semua pelanggan dan mewujudkan persekitaran yang mesra pelanggan;
- Melaksanakan sebarang tugasan dan kerja lain sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak pengurusan.
- EKSEKUTIF / PENOLONG EKSEKUTIF SOKONGAN PERNIAGAAN
- Mengenal pasti bakal pelanggan dan mengesyorkan penyelesaian produk yang sesuai kepada pelanggan;
- Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti jualan dan promosi koperasi di dalam dan di luar cawangan untuk mencapai sasaran jualan;
- Memenuhi semua permintaan pelanggan dengan segera dan tepat;
- Berkomunikasi dengan pihak Pengurusan mengenai maklum balas pelanggan;
- Tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke masa.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) di Portal MyFutureJobs. Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.
Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Tarikh tutup permohonan pada 08 JUN 2024 dan 12 JUN 2024 (MENGIKUT JAWATAN).
Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga oleh pihak majikan. Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.