risda

Pelbagai jawatan kosong di RISDA sesi Mac 2024: Gaji RM1,500 hingga RM7,576.80

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, RISDA Livestock Sdn Bhd kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan RISDA

  1. PENGURUS GRED 4 (PG4)
    • Gaji: RM2,931 – RM7,576.80
  2. EKSEKUTIF GRED 4 (EG4)
    • Gaji: RM1,842 – RM4,866
  3. KERANI GRED 3 (KG3)
    • Gaji: RM1,500 – RM3,053

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Menepati syarat-syarat kelayakan minima dan khusus yang ditetapkan seperti di hebahan rasmi.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menghantar resume, salinan sijil-sijil berkaitan dan gambar berukuran passport ke e-mel: [email protected] atau dihantar secara pos (sila tulis jawatan yang dimohon di sebelah kiri atas sampul surat) ke alamat:

Wakil Korporat RISDA Livestock Sdn. Bhd. No. 39-2, Tingkat 2, RISDA ESTATES 2 Jalan Sulalman 3, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh tutup permohonan pada 05 APRIL 2024 (JUMAAT).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

RISDA Livestock Sdn. Bhd. (RLSB) adalah sebuah Syarikat Milikan RISDA (SMR) dan telah hampir 20 tahun berkecimpung dalam industri penternakan negara adalah pengasas pengurusan ternakan secara integrasi yang utama dalam Malaysia.

RISDA Livestock mula beroperasi pada tahun 1999 dengan teras perniagaan meliputi ternakan lembu secara integrasi sawit di ladang-ladang RISDA. Ternakan diternak di ladang RISDA kini berjumlah 10,000 ekor dijangka dapat mengeluarkan 2500 ekor ternakan bermutu tinggi kepada pasaran ruminan negara.

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…