Pada ketika ini, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)
- PENGURUS (KONTRAK)
- PENGURUS ANGKASA NEGERI (KONTRAK)
- PEGAWAI (KONTRAK)
- PEGAWAI KERJA (KONTRAK)
- KERANI (KONTRAK)
Syarat-Syarat Kelayakan
- PENGURUS (KONTRAK)
- Berkelulusan ljazah Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti, Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Hotel dan Resort, atau bidang berkaitan.dan kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta 10 tahun pengalaman.
- Mempunyai kemahiran dalam pengurusan operasi, kewangan, pemasaran, dan sumber manusia serta mampu membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan cekap.
- Kemahiran menyediakan bajet, kawalan kewangan, dan merancang strategi pemasaran.
- Fasih berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, serta memiliki kualiti peribadi seperti integriti, proaktif, dan daya tahan.
- Pengetahuan mengenai undang-undang dan peraturan industri hospitaliti dan pelancongan di Malaysia juga diperlukan untuk memastikan operasi berjalan lancar dan mencapai objektif strategik.
- PENGURUS ANGKASA NEGERI (KONTRAK)
- Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam / Pentadbiran Perniagaan / Ekonomi dan kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta 3 tahun pengalaman.
- Mempunyai kemahiran analitikal yang tinggi, kemahiran komunikasi dan penyelesaian masalah yang baik.
- Mempunyai pengalaman dalam bidang Sektor Koperasi, Pengurusan Strategik, Perniagaan, Pengurusan Projek dan Kewangan adalah diutamakan.
- PEGAWAI (KONTRAK)
- Berkelulusan ljazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan (Logistik dan Rantaian Pembekalan/Pengedaran), Pentadbiran Operasi dan Pemasaran dan kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- PEGAWAI KERJA (KONTRAK)
- Berrkelulusan ljazah Sarjana Muda dalam bidang Perdagangan, Pengurusan Perniagaan, Pemasaran, Ekonomi atau bidang berkaitan dan kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Mempunyai pengalaman dan kemampuan menguruskan jualan, promosi dan pemasaran serta berupaya membina rangkaian kerjasama dengan koperasi dan agensi lain.
- KERANI (KONTRAK)
- Berkelulusan SPM, Sijil Kemahiran Tahap 1 dan Tahap 2 dan kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan surat permohonan dan menyatakan jawatan yang dipohon berserta butiran peribadi terperinci (resume/cv) yang mengandungi gambar, maklumat kelayakan akademik, pengalaman, kemahiran, kualiti personal, gaji semasa, gaji dipohon serta salinan sijil-sijil akademik / berkaitan dan gambar terbaru berukuran pasport kepada:
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
Wisma Ungku A.Aziz, Jalan SS 6/1
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor
(U/P: Pengurus Besar, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
dan Tadbir Urus)
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Calon disarankan meneliti syarat-syarat kelayakan dan memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan.
Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan untuk sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 17 MAC 2025.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.
Maklumat Tambahan
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah didaftarkan pada 12 Mei 1971 di bawah Ordinan Koperatif 33/1948. ANGKASA ditubuhkan hasil daripada cadangan Kongres Kerjasama Kedua yang dirasmikan oleh YAB Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia kedua.
ANGKASA telah diangkat sebagai sebuah koperasi yang mewakili gerakan koperasi seluruh Malaysia. Pada 23 Mei 1996, perisytiharan pengiktirafan ini telah diwartakan.
ANGKASA Komited untuk Menjadi Pemangkin Kecemerlangan Sosioekonomi Gerakan Koperasi ke Arah Globalisasi dengan:
- Mempelopori dan Memperkasa Jaringan serta Rantaian Nilai Perniagaan Sektor Ekonomi Koperasi;
- Membudayakan Keusahawanan dalam Koperasi;
- Memperkukuh Pengamalan Tadbir Urus Berdasarkan Jati Diri Koperasi; dan
- Mentransformasi Landskap Ekonomi Koperasi Selaras dengan Perkembangan Inovasi dan Teknologi.