perda

Pelbagai Jawatan Kosong Ditawarkan PERDA Sesi 2025 ~ Minima SPM, Gaji sehingga RM6,620

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong PERDA

  1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
    • Klasifikasi : Pentadbiran Dan Sokongan
    • Kumpulan : Pelaksana
    • Taraf Jawatan : Kontrak
    • Penempatan : Perda / Perda-tech / Kemas
    • Kekosongan : 3
    • Gred Gaji : N5
    • Jadual Gaji : RM1,650 – RM6,620
  2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
    • Klasifikasi : Pentadbiran Dan Sokongan
    • Kumpulan : Pelaksana
    • Taraf Jawatan : Kontrak
    • Penempatan : Perda / Perda-tech / Kemas
    • Kekosongan : 3
    • Gred Gaji : N1
    • Jadual Gaji : RM1,500 – RM4,680
  3. PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (AUTOMOTIF)
    • Klasifikasi : Pendidikan
    • Kumpulan : Pelaksana
    • Taraf Jawatan : Kontrak
    • Penempatan : Perda-tech
    • Kekosongan : 1
    • Gred Gaji : Dv5
    • Jadual Gaji : RM1,650 – RM6,620

Syarat-Syarat Kelayakan

PENOLONG PEGAWAI TADBIR

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
    • Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
    • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Calon bagi lantikan hendaklah lulus Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu.

 

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

  • warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
    • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya: atau
  • Calon bagi lantikan hendaklah lulus Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu.

 

PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (AUTOMOTIF)

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Teknologi Kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Sijil Kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.; atau
    • Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang Kejuruteraan atau Teknologi Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang Kejuruteraan atau Teknologi Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Diploma Teknologi dalam bidang seni bina, ukur bahan, ukur tanah, atau ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Diploma Teknologi Kejuruteraan dalam bidang seni bina, ukur bahan, ukur tanah, atau ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Diploma Kejuruteraan, Diploma Seni Bina, Diploma Ukur Bahan, Diploma Ukur Tanah atau Diploma Ukur Bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Calon bagi lantikan hendaklah lulus Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem Perjawatan PERDA . Calon disarankan meneliti syarat-syarat kelayakan dan memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan.

Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan untuk sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 10 MAC 2025. 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Khas Hari Raya RM1,500 Dibayar Bulan Ini (Mac 2025): Senarai Mereka Yang Layak

Bantuan Khas Hari Raya RM1,500 Dibayar Bulan Ini (Mac 2025): Senarai Mereka Yang Layak

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang…
RM100 Dikreditkan Bulan Secara Automatik: Cara Semak Kelayakan Bantuan SARA 2025

RM100 Dikreditkan Bulan Secara Automatik: Cara Semak Kelayakan Bantuan SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan laporan terkini, kategori ini terdiri daripada individu dan…
Bantuan BMT RM800 Telah Selesai Dikreditkan Ke Akaun: Senarai Penuh Penerimanya

Bantuan BMT RM800 Telah Selesai Dikreditkan Ke Akaun: Senarai Penuh Penerimanya

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Pada tempoh ini, hujan…