Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:
Maklumat Jawatan Kosong Gardenia Bakeries
- PENOLONG PENGURUS – KEJURUTERAAN
- PEMANDU BAS / BUS DRIVER (UNTUK PEKERJA KILANG)
- SECURITY IN-HOUSE
Syarat-Syarat Kelayakan
PENOLONG PENGURUS – KEJURUTERAAN
- Ijazah dalam Kejuruteraan Elektrik/Elektronik/Mekanikal;
- 5 tahun jika pengalaman teknikal dengan sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam kilang pembuatan FMCG;
- Pengetahuan dalam peralatan berputar, automasi, elektrik, penyelenggaraan, penyelesaian masalah dan pentauliahan;
- Pengalaman praktikal dalam bidang perancangan dan pengurusan Penyelenggaraan Pencegahan, pengurusan Pembaikan dan Penyelenggaraan Peralatan, dan Pengurusan Alat Ganti;
- Mahir dalam program Microsoft Office (Outlook, Word, PowerPoint, Excel) dan Autocad.
PEMANDU BAS / BUS DRIVER (UNTUK PEKERJA KILANG)
- Berumur 28 – 35 tahun;
- Lelaki;
- Mahir memandu dan menyelenggara kenderaan syarikat (bas dan lori);
- Mempunyai lesen E Full, PSV, & GDL;
- Boleh bekerja lebih masa.
SECURITY IN-HOUSE
- Ada pengalaman dalam bidang keselamatan (diutamakan industri/pembuatan);
- Sihat fizikal & cergas untuk rondaan;
- Berdisiplin, peka & sentiasa berwaspada;
- Umur: Tidak melebihi 50 tahun;
- Pengetahuan asas komputer (sistem pengurusan pelawat);
- Bersih daripada sebarang rekod jenayah lampau;
- Kelebihan Bekerja di Gardenia;
- Gaji + OT sehingga RM3,000++ (bergantung kepada pengalaman);
- Roti percuma setiap hari;
- Makanan percuma ketika bertugas;
- Caruman EPF & SOCSO;
- Perlindungan Insurans (HIS & PA);
- Uniform percuma;
- Bonus & kenaikan gaji tahunan.
Bidang Tugas
PENOLONG PENGURUS – KEJURUTERAAN
- Membantu Pengurus Kejuruteraan dalam menyelia dan menyelaras aktiviti penyelenggaraan;
- Membantu Pengurus Kejuruteraan dalam memimpin dan menyelia pasukan penyelenggaraan, termasuk memberikan tugas, memberikan bimbingan, dan memastikan pematuhan kepada piawaian keselamatan dan kualiti;
- Bekerjasama dengan juruteknik penyelenggaraan untuk menyelesaikan masalah peralatan, melakukan pembaikan, dan menjalankan aktiviti penyelenggaraan pencegahan mengikut keperluan;
- Membantu dalam merancang dan menjadualkan aktiviti penyelenggaraan, termasuk tugas penyelenggaraan pencegahan, pembaikan pembetulan, dan pemeriksaan peralatan, untuk memastikan kebolehpercayaan dan ketersediaan peralatan yang optimum;
- Menyelaras dengan Pengeluaran dan jabatan lain untuk mengutamakan tugas penyelenggaraan dan meminimumkan gangguan kepada operasi;
- Membantu mengekalkan rekod yang tepat mengenai aktiviti penyelenggaraan, pesanan kerja dan sejarah peralatan menggunakan perisian pengurusan penyelenggaraan atau alatan lain;
- Membantu dalam menjalankan pemeriksaan keselamatan, audit dan sesi latihan untuk menggalakkan budaya kesedaran keselamatan dan memastikan pematuhan peraturan;
- Membantu dalam menguruskan belanjawan jabatan penyelenggaraan dengan menjejaki perbelanjaan, memantau penggunaan sumber dan mengenal pasti peluang penjimatan kos;
- Membantu proses perolehan, termasuk mendapatkan alat ganti dan bekalan, mendapatkan sebut harga daripada vendor dan menguruskan tahap inventori untuk menyokong aktiviti penyelenggaraan secara kos efektif.
SECURITY IN-HOUSE
- Mengawal keselamatan harta, aset, pekerja & pelawat;
- Mengurus kawalan akses (pintu masuk/keluar, RFID, biometrik);
- Melaksanakan rondaan & memantau CCTV;
- Memberi respon segera semasa kecemasan & memberikan pertolongan cemas;
- Memastikan pematuhan piawaian keselamatan makanan di kawasan pengeluaran.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohon hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui Portal MyFutureJobs.
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.
Maklumat Tambahan
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd adalah syarikat usahasama antara sebuah syarikat kumpulan makanan, QAF Ltd, yang juga mengendalikan kilang-kilang roti Gardenia di Singapura dan Filipina dan juga syarikat Malaysia, Padiberas Nasional Berhad.
Sepintas lalu sejarah Gardenia Pada tahun 1969, Horatio Sye Slocum, seorang warga America, telah dihantar oleh ‘International Executive Service Corp’ (IESC) ke Malaysia Timur untuk membuka kilang membuat roti. Mr. Slocum membawa bersamanya 35 tahun pengalaman yang diperolehi dari salah satu rangkaian kilang pengeluaran roti yang terbesar di Amerika.
Maka lahirlah Gardenia. Roti pertama Gardenia Bakeries (KL) Sdn.Bhd. telah diuli buat pertama kali dikilang pengeluarannya pada tahun 1986. Hanya di dalam masa 4 tahun sahaja ianya berjaya menerajui pasaran roti, satu pencapaian yang amat mengkagumkan dengan kadar 99 % ’brand recall ’ dan 80 % ’top-of-mind recall’.
Tahun demi tahun dan langkah demi langkah, Gardenia berjaya berkembang dan mengeluarkan pelbagai citarasa produk. Dengan kekuatan jenamanya, Gardenia kini telah menghasilkan rangkaian produk untuk memenuhi permintaan orang ramai.