Jabatan Akauntan Negara

Pelbagai Jawatan Kosong Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM): Pengambilan Julai 2025

Pada ketika ini, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

  1. PEMBANTU EKSEKUTIF
  2. JURUANALISIS SISTEM
  3. PEGAWAI PEMBANGUNAN SISTEM F9

Syarat-Syarat Kelayakan

PEMBANTU EKSEKUTIF

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

JURUANALISIS SISTEM

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

PEGAWAI PEMBANGUNAN SISTEM F9

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang Tugas

PEMBANTU EKSEKUTIF

  • Memberikan Khidmat nasihat kepada pelanggan : yang berurusan di kaunter perkhidmatan WTD dan berkaitan sistem eGUMIS;
  • Merekod, Menyemak dan mendaftar dokumen tuntutan permohonan yang dikemukakan oleh pelanggan samada melalui kaunter atau pos;
  • Mengendalikan panggilan telefon dan lain-lain penugasan kaunter dari semasa ke semasa.

 

JURUANALISIS SISTEM

  • Menaiktrafkan infrakstrutur perkakasan dan perisian sistem sedia ada di Pusat Data JANM;
  • Merancang, melaksanakan dan memantau penyelenggaraan berkala perkakasan dan perisian iSPEKS dan iSPLN; dan
  • Melaksanakan khidmat bantuan teknikal ICT kepada pegawai BKP;
  • Melaksanakan kerja-kerja pentadbiran;
  • Merancang, mengurus, menyemak, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam kontrak-kontrak perkhidmatan berkaitan sistem dan Teknologi Maklumat di BKP;
  • Merancang, menyelaras, memantau, menyemak laporan dan aktiviti pengukuhan bagi aktiviti penyelenggaraan perkakasan dan perisian.

 

PEGAWAI PEMBANGUNAN SISTEM F9

Membangunkan sistem pengurusan perolehan dan kontrak (iPROC) yang menggunakan PHP, MySQL dan Java Script.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohon hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal MyFutureJobs. Pemohon juga hendaklah memohon jawatan yang setaraf dengan kelayakan yang ditetapkan dan hanya pemohon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat Tambahan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah ditubuhkan dengan jawatan Akauntan Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

Jawatan Akauntan Negara yang pertama telah disandang oleh En. G.G.T Browne dalam tahun 1946. Sehingga kini, JANM telah diterajui oleh seramai 17 orang Akauntan Negara. Pada tahun 1967, kepimpinan JANM telah diambil alih oleh anak tempatan.

Visi JANM adalah Sebagai Peneraju Terbilang dalam Perakaunan Kewangan dan Perakaunan Pengurusan Sektor Awam. Manakala, misinya pula adalah Mengukuhkan Pengurusan Kewangan Sektor Awam secara berhemat dengan dasar yang progresif dan sistem perakaunan yang efisien menerusi kakitangan profesional dan kolaborasi strategik.

Objektif JANM adalah seperti berikut:

  • Mempertingkatkan akauntabiliti dan ketelusan pengurusan perakaunan dan kewangan Kerajaan Persekutuan;
  • Mempertingkatkan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan agensi Kerajaan;
  • Membantu Kerajaan dalam membuat keputusan yang berkesan;
  • Membangun dan melaksanakan sistem pengurusan sumber manusia bagi perkhidmatan perakaunan;
  • Mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965.

 

Fungsinya pula merangkumi:

  • Menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan mengikut kehendak perundangan dan piawaian perakaunan yang diterima umum selaras dengan seksyen 16, Akta Tatacara Kewangan [Akta 61].
  • Menguruskan dana dan aliran tunai Kerajaan.
  • Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut 1965 [Akta 370].
  • Mewujudkan sistem maklumat perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan selaras dengan Arahan Perbendaharaan 138.
  • Menguruskan perkhidmatan perakaunan Kerajaan.
  • Memastikan pematuhan dan penguatkuasaan tatacara pengurusan kewangan dan perakaunan seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang berkaitan selaras dengan Arahan Perbendaharaan 138.
  • Memberi khidmat nasihat dan perundingan perakaunan dan kewangan kepada Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan selaras dengan Arahan Perbendaharaan 138.
  • Menguruskan skim perkhidmatan perakaunan di bawah Ketua Perkhidmatan Akauntan Negara Malaysia selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2010.
  • Membangunkan modal insan dalam bidang perakaunan dan kewangan sektor awam.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Besar-Besaran Kementerian Belia & Sukan (KBS): Gaji Permulaan Sehingga RM6,560

Jawatan Kosong Besar-Besaran Kementerian Belia & Sukan (KBS): Gaji Permulaan Sehingga RM6,560

Pada ketika ini, Kementerian Belia & Sukan (KBS) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawatan kosong yang…
Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 Setiap Bulan: Ini Cara Semak Kelayakan

Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 Setiap Bulan: Ini Cara Semak Kelayakan

Bil elektrik merupakan antara komitmen bulanan yang wajib dilunaskan oleh hampir setiap isi rumah di Malaysia. Ia bukan sekadar angka…
Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…