Kementerian Peralihan Tenaga

Pelbagai Jawatan Kosong Kementerian Peralihan Tenaga & Transformasi Air: Gaji RM1,900 – RM2,100

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Kementerian Peralihan Tenaga & Transformasi Air (PETRA) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Kementerian Peralihan Tenaga & Transformasi Air (PETRA)

  1. PEGAWAI KOMUNIKASI STRATEGIK GRED 41 (MYSTEP)
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM2,100
  2. JURUVIDEO GRED 29 (MYSTEP)
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM1,900
  3. PENOLONG PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM DAN KHIDMAT PELANGGAN GRED 29 (MYSTEP)
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM1,900
  4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED 29 (MYSTEP)
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM1,900

Syarat-Syarat Kelayakan

  • PEGAWAI KOMUNIKASI STRATEGIK GRED 41 (MYSTEP)
    • Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 1 (satu) tahun;
    • Mempunyai ljazah Sarjana Muda dalam bidang Komunikasi Massa atau yang berkaitan dari institusi yang diiktiraf;
    • Berumur antara 23 hingga 30 tahun;
    • Berkebolehan dalam penghasilan kandungan kreatif serta aktif terhadap trend terkini di Tiktok dan Peels;
    • Berkebolehan dalam pengurusan media sosial serta penulisan “copywriting” yang baik;
    • Berkebolehan dalam pemantauan isu semasa dan komunikasi strategik.
  • JURUVIDEO GRED 29 (MYSTEP)
    • Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 1 (satu) tahun;
    • Mempunyai sijil Diploma;
    • Berumur antara 23 hingga 30 tahun;
    • Berkemahiran menggunakan Adobe Premiere PRO dan Adobe After Effect;
    • Mahir membuat suntingan video;
    • Komited dan mampu bekerja secara berkumpulan.

 

  • PENOLONG PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM DAN KHIDMAT PELANGGAN GRED 29 (MYSTEP)
    • Berumur antara 23 hingga 30 tahun;
    • Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 1 (satu) tahun;
    • Berkebolehan menyelaras pengurusan aduan dan laporan aduan;
    • Berkebolehan melakukan pemantauan pencapaian piagam pelanggan Kementerian;
    • Berkebolehan melaksanakan kajian kepuasan pelanggan luaran Kementerian.
  • PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED 29 (MYSTEP)
    • Berumur antara 24 hingga 3S tahun;
    • Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 1 (satu) tahun;
    • Mempunyai sijil Diploma;
    • Berkebolehan melaksanakan kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan unit;
    • Menyediakan bantuan dalam penyelenggaraan operasi harian, mengurus dan merekod dokumen.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume beserta gambar pemohon, transkrip akademik dan portfolio kerja (bagi juruvideo) ke e-mel: [email protected].

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 09 SEPTEMBER 2024, ISNIN.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Kementerian Peralihan Tenaga & Transformasi Air (PETRA) mempunyai misi untuk mengurus dan mengawalselia industri bekalan elektrik secara strategik dengan mengoptimumkan tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga bagi menjamin perkhidmatan yang berdaya harap, mampu bayar dan lestari serta memastikan kelestarian dan keterjaminan air melalui dasar dan pengukuhan tadbir urus.

Ia pula berobjektif untuk memperkasa pengurusan dan kawal selia industri bekalan elektrik secara strategik dengan mengoptimumkan tenaga boleh baharu; meningkatkan kecekapan tenaga bagi menjamin perkhidmatan yang berdaya harap, mampu bayar dan lestari; memperluas penggunaan/adaptasi tenaga boleh baharu dalam kalangan pemain industri dan penduduk Malaysia; meningkatkan tahap liputan serta mutu penyampaian perkhidmatan bekalan air dan pembetungan bagi menjamin kesejahteraan rakyat; dan Meningkatkan kemampanan sumber air dalam memastikan ketersediaan dan kestabilan bekalan air negara.

Selain itu, ia juga berobjektif untuk memperkasa dan mengantarabangsakan industri perkhidmatan air melalui inovasi teknologi terkini serta modal insan yang kompeten; pembangunan modal insan dan pengurusan kewangan yang cekap; dan tadbir urus yang baik merangkumi pengukuhan perundangan dan kolaborasi strategik dengan pihak berkepentingan.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…