ktmb

Pelbagai jawatan kosong Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB): Senarai jawatan & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

  1. JURUTEKNIK UKUR & PELAN (J07G10)
    • Jabatan: Jabatan Kejuruteraan Landasan
  2. JURUTERA (SISTEM RANGKAIAN) (J03G05)
    • Jabatan: Jabatan Isyarat & Komunikasi
  3. JURUTEKNIK (J07G10)
    • Jabatan: Jabatan Semboyan & Komunikasi
  4. PEMBANTU TEKNIKAL (J05AG07)
    • Jabatan: Jabatan Elektrik
  5. JURUTEKNIK (PUSAT KAWALAN ELEKTRIK) (J07G10)
    • Jabatan: Jabatan Elektrifikasi
  6. JURUTEKNIK (J07G10)
    • Jabatan: Jabatan Elektrifikasi
  7. OPERATOR JENTERA BERAT LANDASAN (R08G12)
    • Jabatan: Jabatan Elektrifikasi
  8. TUKANG K2/MEKANIK (JURUELEKTRIK TALIAN ATAS/BEKALAN KUASA) (R06G12)
    • Jabatan: Jabatan Elektrifikasi

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
  • JURUTEKNIK UKUR & PELAN (J07G10)
    • Memiliki Sijil Kejuruteraan Awam / Sijil Teknologi Senibina / Sijil Teknologi CADD Senibina / Sijil Khas Pembinaan daripada Politeknik Awam Tempatan / Kolej Komuniti Awam / Institiut Latihan Perindustrian Awam ; Calon-calon yang memiliki Diploma Kejuruteraan Awam / Diploma Senibina / Diploma dalam kursus yang berkaitan dari Politeknik / Universiti Awam digalakkan memohon;
    • Keutamaan kepada calon yang memiliki Sijil AutoCad serta mahir menggunakan perisian AutoCAD;
    • Boleh berkomunikasi dan menulis dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
    • Mempunyai pengetahuan asas dalam bidang kerja ukur aras dan pemprosesan data;
    • Berkemahiran menggunakan Komputer Peribadi (PC) dan aplikasi pejabat seperti MS Word, Excel dan PowerPoint;
    • Calon mesti mempunyai tahap disiplin diri yang tinggi serta bertanggungjawab dalam setiap tugasan yang akan diberikan.
  • JURUTERA (SISTEM RANGKAIAN) (J03G05)
    • Memiliki ijazah dalam bidang Elektronik/Elektrik/Sains Komputer/ICT; ATAU
    • Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 5; ATAU
    • Memiliki Diploma dalam bidang berkaitan dengan sekurang-kurangnya (5) tahun pengalaman dalam gred pekerjaan J04G06 dan tiada rekod tatatertib dalam tempoh tiga (3) tahun;
    • Rekod PMS yang baik dengan gred purata C selama tiga (3) tahun yang lalu;
    • Berpengalaman dalam kerja lapangan Switch Network adalah Wajib.
  • JURUTEKNIK (J07G10)
    • Memiliki Sijil Kejuruteraan Elektrik/Elektronik/Mekatronik/ICT daripada Politeknik atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Elektrik/Elektronik/Mekatronik;
    • Berkemahiran menggunakan Komputer Peribadi (PC) dan aplikasi pejabat seperti MS Word, Access, dan Excel.
  • PEMBANTU TEKNIKAL (J05AG07)
    • Memiliki Diploma Kejuruteraan Elektrik/Elektronik daripada mana-mana yang diiktiraf Universiti atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4;
    • Bagi calon dalaman, sekurang-kurangnya tujuh (7) tahun pengalaman bekerja dalam Gred Jawatan J06G09 dan tiada rekod tatatertib dalam tempoh tiga (3) tahun;
    • Rekod PMS yang baik dengan gred purata C untuk tiga (3) tahun yang lalu;
    • Berpengalaman dalam radas voltan sederhana atau tinggi, spesifikasi, penyelenggaraan dan berfungsi setiap peralatan yang digunakan;
    • Berumur di bawah 30 tahun;
    • Kemahiran interpersonal yang baik dengan keupayaan untuk berkomunikasi dengan kakitangan sama sekali peringkat.
  • JURUTEKNIK (PUSAT KAWALAN ELEKTRIK) (J07G10)
    • Memiliki Sijil Kejuruteraan Elektrik/Elektronik daripada Politeknik atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM Tahap 3) Elektrik/Elektronik;
    • Berumur tidak lebih 30 tahun pada tarikh iklan ditutup;
    • Mempunyai pengalaman serta pengetahuan yang baik tentang kerja-kerja penyenggaraan dan penggunaan alatan pertukangan;
    • Berkemahiran menggunakan Komputer Peribadi (PC) dan aplikasi pejabat seperti MS Word, Access, dan Excel;
    • Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • OPERATOR JENTERA BERAT LANDASAN (R08G12)
    • Berusia 18 tahun dan ke atas tetapi tidak melebihi daripada 30 tahun pada tarikh iklan ditutup;
    • Sijil Kemahiran Tahap 2 atau yang setaraf di dalam bidang Kejuteraan Mekanikal / Mekatronik / Elektrikal / Elektronik dari mana-mana institusi yang diiktiraf;
    • Mempunyai penglihatan biasa tanpa kacamata dengan ketetapan V6/6 bagi keduadua belah mata, tidak buta warna serta mempunyai tahap kesihatan yang baik;
    • Memiliki lesen memandu kelas D.
  • TUKANG K2/MEKANIK (JURUELEKTRIK TALIAN ATAS/BEKALAN KUASA) (R06G12)
    • Berusia 18 tahun dan ke atas tetapi tidak melebihi daripada umur 30 tahun dari tarikh iklan ditutup;
    • Mempunyai sijil kejuruteraan Elektrik atau Elektronik Politeknik, ILP, IKTBN atau mana-mana institusi yang setaraf atau;
    • Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dari mana-mana institusi kemahiran dalam bidang kejuruteraan Juruteknik Muda Elektrik atau Elektronik.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) di Portal E-Recruitment KTMB. Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.

Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Tarikh tutup permohonan pada 19 MEI 2024 (AHAD).

Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga oleh pihak majikan. Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…