Pada ketika ini, Insititut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:
Maklumat Jawatan Kosong MARDI
- PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK
- Gred Jawatan: Setara dengan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29
- Taraf Jawatan: Contract for Service (CFS)
- Pusat Tanggungjawab: Pusat Pengkomersialan Teknologi & Bisnes
- Penempatan: Program Pengeluaran Biji Benih, Bahan Tanaman & Ternakan(CB3), Serdang Selangor
- Gaji: RM1,900.00 (secara pukal)
- Tempoh Perkhidmatan: 1 tahun
- PEMBANTU OPERASI
- Gred Jawatan: Setara dengan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
- Taraf Jawatan: Contract for Service (CFS)
- Pusat Tanggungjawab: Pusat Pengkomersialan Teknologi & Bisnes
- Penempatan: Pejabat Am, Pusat Pengkomersialan Teknologi & Bisnes Serdang Selangor
- Gaji: RM1,700.00 (secara pukal)
- Tempoh Perkhidmatan: 1 tahun
Syarat-Syarat Kelayakan
PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan jawatan;
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matematik atau salah satu subjek Sains; atau
- Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
- Sijil Matrikulasi dalam jurusan sains dan aliran teknikal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); atau
- Diploma dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya); atau
- Diploma dalam bidang Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Diploma Sains Veterinar/Haiwan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PEMBANTU OPERASI
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan jawatan;
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Bidang Tugas
PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK
- Membantu Melaksana Pembangunan Platform Pengkomersialan Secara Atas Talian E-Agrokomersial Teknologi MARDI;
- Melaksana Aktiviti Pemasaran Dan Jualan Benih Tanaman Serta Lain-Lain Produk Berkaitan;
- Membantu Melaksana Aktiviti Pengeluaran Benih Tanaman;
- Membantu Melaksana Aktiviti Pengesahan Kualiti Produk Benih Tanaman;
- Membantu Melaksana Pembangunan Platform Pengkomersialan Secara Atas Talian E-Agrokomersial Teknologi MARDI;
- Melaksana Aktiviti Pemasaran Dan Jualan Benih Padi;
- Membantu Melaksana Aktiviti Pengeluaran Benih Padi;
- Membantu Melaksana Aktiviti Pengesahan Kualiti Produk Berkaitan Padi.
PEMBANTU OPERASI
- Membantu menyediakan surat dan memo perhubungan berkaitan Projek Khas serta Tabung Wang Pusingan Benih Asas Padi dan lain-lain di dalam PTJ atau di luar PTJ;
- Menguruskan rekod Projek Khas, Tabung Wang Pusingan Benih Asas Padi dan laporan berkaitan Projek khas serta menyemak kesemua urusan penerimaan dan bayaran peruntukan tersebut;
- Membantu dalam menguruskan rekod keluar masuk surat dan fail Projek Khas serta Tabung Wang Pusingan Benih Asas Padi;
- Mengemaskini kertas minit di setiap fail Projek khas serta Tabung Wang Pusingan Benih Asas Padi yang telah wujud dan direkodkan;
- Menguruskan dan mengemaskini baucer bayaran Projek khas serta Tabung Wang Pusingan Benih Asas Padi dari semasa ke semasa;
- Menyediakan Minit berkaitan Projek Khas serta Tabung Wang Pusingan Benih Asas Padi;
- Membantu Melaksana Aktiviti Pengeluaran Biji Benih Dan Bahan Tanaman Di Ibu Pejabat Mardi Dan Pemeriksaan Benih Padi;
- Membantu Kerja Dokumentasi Rekod Data Padi Produk Dan Stok;
- Membantu Mengemaskini Dokumen Ms Iso Benih Padi;
- Melaksana Aktiviti Pemasaran Dan Jualan Benih Tanaman Serta Lain-Lain Produk Berkaitan Padi.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang MDI.1 Pindaan 1/2013 dengan lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan.
Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat:
Pengarah
Pusat Pengkomersialan Teknologi & Bisnes
Ibu Pejabat MARDI
Persiaran MARDI-UPM
43400, Serdang, Selangor.
(u.p: Puan Norhazwani Binti Nordin)
Pemohon hendaklah memohon jawatan yang setaraf dengan kelayakan yang ditetapkan. Hanya pemohon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN 19 JUN 2025.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.