ptpk

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 – RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

  1. PEGAWAI SYARIAH 
    • Penempatan : Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
    • Taraf Jawatan : Kontrak Untuk Perkhidmatan (Contract For Service)
    • Gaji : RM6,680
  2. PEGAWAI TRANSFORMASI DIGITAL
    • Penempatan : Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
    • Taraf Jawatan : Kontrak Untuk Perkhidmatan (Contract For Service)
    • Gaji : RM3,480
  3. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
    • Penempatan : Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
    • Taraf Jawatan : Kontrak Untuk Perkhidmatan (Contract For Service)
    • Gaji : RM2,265

Syaratr-Syarat Kelayakan

  • PEGAWAI SYARIAH 
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian Syariah atau Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.;
    • Mempunyai pengalaman bekerja dan kemahiran sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam pengurusan pinjaman kewangan Islam;
    • Mempunyai pengalaman bekerja dan kemahiran sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam memberi nasihat perundangan syariah terutamanya isu-isu semasa yang melibatkan pinjaman kewangan Islam;
    • Mempunyai pengalaman bekerja dan kemahiran sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam menguruskan dana khas kerajaan yang melibatkan pinjaman kewangan Islam;
    • Bebas daripada rekod jenayah atau tindakan undang-undang; dan
    • Bebas daripada disenaraikan hitam oleh institusi kewangan atau sebagai peminjam pendidikan tegar daripada institusi pinjaman pendidikan.

 

  • PEGAWAI TRANSFORMASI DIGITAL
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan (perisian dan pengaturcaraan sistem) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
    • Mempunyai pengalaman sekurang-kurang dua (2) tahun sebagai Full Stack Developer dalam mengendalikan bahasa pengaturcaraan komputer dan keutamaan diberikan kepada Bootstrap (HTML, CSS, JS), Oracle Application Express (20.1) atau mana-mana yang berkaitan; atau
    • Mempunyai pengalaman sekurang-kurang dua (2) tahun dalam mengendalikan perisian untuk melakukan prototyping seperti Figma/InVision/XD atau mana-mana perisian yang berkaitan; atau
    • Mempunyai kemahiran sekurang-kurang dua (2) tahun di dalam mengendalikan rekabentuk maklumat secara interaktif berdasarkan kepada rekabentuk proses sistem sedia ada dan mempunyai pengetahuan mengenai pengalaman penggunaan sistem oleh penguna (user experience) daripada segi corak, prinsip dan teknik; dan
    • Mempunyai kemahiran sekurang-kurang dua (2) tahun di dalam mengendalikan pembangunan mobile application samada Android/iOS Developer melalui penggunaan perisian Android Studio, Ionic ; dan
    • Bebas daripada rekod jenayah atau tindakan undang-undang; dan
    • Bebas daripada disenaraikan hitam oleh institusi kewangan atau sebagai peminjam pendidikan tegar daripada institusi pinjaman pendidikan.

 

  • PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    • Mempunyai pengalaman bekerja dan kemahiran sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam perkhidmatan pelanggan, petugas barisan hadapan dan operator telefon;
    • Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
    • Bebas daripada rekod jenayah atau tindakan undang-undang; dan
    • Bebas daripada disenaraikan hitam oleh institusi kewangan atau sebagai peminjam pendidikan tegar daripada institusi pinjaman pendidikan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui pautan yang disediakan dalam hebahan rasmi. Calon disarankan meneliti syarat-syarat kelayakan dan memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan.

Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan untuk sesi temu duga.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 02 FEBRUARI 2025. 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Institut Kerajaan – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

Warga emas merupakan golongan istimewa dalam masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang kepada pembinaan negara sejak zaman muda, malah menjadi…
E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

Setiap hari, kita semua bergantung kepada keperluan asas untuk meneruskan kehidupan – makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, dan pendidikan. Namun…