Perkhidmatan Awam

Pelbagai Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Mac 2025 ~ Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negeri Kedah Darul Aman sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negeri Kedah Darul Aman

  1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N1
    • Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
    • Kementerian/Jabatan : Kementerian/Jabatan
    • Jadual Gaji : RM1,500 – RM4,680
    • Kadar Kenaikan Tahunan : RM100
  2. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1
    • Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
    • Kementerian/Jabatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan
    • Jadual Gaji : RM1,500 – RM4,680
    • Kadar Kenaikan Tahunan : RM100

Syarat-Syarat Kelayakan

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N1

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,500.00); atau
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,500.00); atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,561.00); atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,622.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Calon disarankan meneliti syarat-syarat kelayakan dan memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan.

Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan untuk sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 23 MAC 2025. 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Info Tambahan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman (SPA Kedah) telah diwujudkan oleh Majlis Undangan Negeri Kedah (Legislative Assembly) pada 24 Ogos 1959 di bawah Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Tahun 1959.

Objektif SPA Kedah adalah Melaksanakan Tanggungjawab Berdasarkan Kepada Enakmen Suruhanjaya Dengan Telus, Amanah dan Professional. Manakala, visinya pula adalah Mendapatkan Sumber Tenaga Manusia Yang Berkebolehan Untuk Berkhidmat Selaras Dengan Cabaran Semasa dan Teknologi.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Hari Raya Aidilfitri RM1,000 Dibayar Minggu Depan: Dikreditkan Automatik Ke Akaun

Bantuan Hari Raya Aidilfitri RM1,000 Dibayar Minggu Depan: Dikreditkan Automatik Ke Akaun

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Ia bukan sekadar…
Pengambilan Jawatan Kosong Besar-Besaran MAIK Sesi Mac 2025: Gaji RM1,500 - RM11,110

Pengambilan Jawatan Kosong Besar-Besaran MAIK Sesi Mac 2025: Gaji RM1,500 - RM11,110

Pada ketika ini, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…
Bantuan Khas Hari Raya RM1,500 Dibayar Bulan Ini (Mac 2025): Senarai Mereka Yang Layak

Bantuan Khas Hari Raya RM1,500 Dibayar Bulan Ini (Mac 2025): Senarai Mereka Yang Layak

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang…