Pada ketika ini, Pusat Pungutan Zakat MAIWP sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Pusat Pungutan Zakat MAIWP
- EKSEKUTIF ZAKAT
- Taraf Jawatan: Tetap
- Gaji: RM2,300
- KERANI AM
- Taraf Jawatan: Tetap
- Gaji: RM1,500
Syarat-Syarat Kelayakan
EKSEKUTIF ZAKAT
- Memiliki sekurang-kurangnya ljazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan, Pentadbiran Perniagaan atau setaraf dengannya;
- Berkemahiran menggunakan aplikasi Microsoft Office (Word, Excel dan Powerpoint);
- Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris dengan baik;
- Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima;
- Komited dan bekerja dalam pasukan;
- Mempunyai sikap yang positif, rajin, jujur, amanah & bertanggung jawab;
- Boleh membaca Al-Quran dan menjaga solat;
- Graduan baru digalakkan memohon;
- Berumur tidak melebihi 30 tahun.
KERANI AM
- Kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya;
- Berpengetahuan dan berpengalaman dalam perkeranian adalah satu kelebihan;
- Berkemahiran menggunakan aplikasi Microsoft Office (Word, Excel dan Powerpoint);
- Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris dengan baik;
- Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima;
- Komited dan bekerja dalam pasukan;
- Mempunyai sikap yang positif rajin, jujur, amanah & bertanggung jawab;
- Berumur tidak lebih 30 tahun;
- Boleh membaca Al-Quran dan menjaga solat.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Calon hendaklah dengan menulis permohonan yang lengkap dengan menyatakan gaji dipohon, gambar berukuran pasport, resume dan salinan sijil-sijil berkaitan ke alamat e-mel: [email protected] atau ke alamat:
Unit Sumber Manusia
Pusat Pungutan Zakat-MAIWP
Wisma PPZ, 68-1-6, Dataran Shamelin, Jln 4/91
Tmn Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan pada 29 Oktober 2024.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.
Maklumat Tambahan
Cadangan untuk melaksanakan penubuhan satu agensi yang mengurus zakat secara korporat telah dikemukakan oleh Dato’ Haji Abdul Rahim Abu Bakar kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Yusof Noor.
Ini adalah hasil kesedaran bahawa sistem memungut zakat pada masa tersebut mengandungi beberapa kelemahan. Kelemahan yang ada ialah sistem pentadbiran zakat yang tidak begitu teratur serta tiada penerangan yang terperinci berkenaan dengan cara pengiraan zakat harta di mana tumpuan hanya diberi kepada zakat fitrah serta kekurangan kemudahan pembayaran untuk pembayar.
Setelah kajian komprehensif dijalankan, maka sebuah agensi yang dinamakan Pusat Pungutan Zakat telah ditubuhkan dan bermula beroperasi iaitu melayan masyarakat pembayar zakat pada 27Disember 1990 dengan menggunakan sistem komputer. Penggunaan komputer untuk urusan memungut zakat adalah satu peristiwa bersejarah kerana belum dilakukan baik di Malaysia atau di negara lain.
Aktiviti utama Pusat Pungutan Zakat MAIWP adalah menjalankan aktiviti dakwah dan promosi ke arah meningkatkan kesedaran umat Islam tentang kewajipan berzakat; mengutip zakat bagi pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan enguruskan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Visinya pula adalah menjadi sebuah institusi zakat unggul bukan sahaja di Malaysia tetapi di kalangan negara-negara Islam serta institusi zakat menjadi salah satu teras peningkatan taraf sosio-ekonomi masyarakat Islam.