Pada ketika ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- PROFESOR VK7
- Jadual Gaji: RM7,990 – RM22,040
- PROFESOR MADYA DS14
- Jadual Gaji: RM6,560 – RM15,360
- PENSYARAH KANAN DS13
- Jadual Gaji: RM6,210 – RM14,370
- PENSYARAH DS11
- Jadual Gaji: RM3,320 – RM12,760
- PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U5
- Jadual Gaji: RM1,650 – RM6,620
Syarat-Syarat Kelayakan
PENSYARAH UiTM
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DS11
- Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS11 : RM3,320.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS11 : RM3,320.00); atau
- Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS11 : RM3,650.00)
- KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DS13
- Mempunyai kelayakan seperti di perenggan di atas; dan
- Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
- Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS13 : RM6,210.00)
- KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DS14 (PROFESOR MADYA)
- Mempunyai kelayakan seperti di perenggan pertama; dan
- Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan
- Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS14 : RM6,560.00)
- KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KHAS C (PROFESOR)
- Mempunyai kelayakan seperti di perenggan pertama; dan
- Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan
- Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred Khas C : RM7,990.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (U5)
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Diploma Pembantu Perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred U5: RM1,974.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Hanya calon yang telah memperoleh diploma dalam bidang pembantu perubatan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan UiTM. Permohonan kemudiannya perlu dihantar ke alamat:
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN PULAU PINANG
KAMPUS PERMATANG PAUH
13500 PERMATANG PAUH
PULAU PINANG
Calon hendaklah memohon jawatan selaras dengan kelayakan yang telah ditetapkan. Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan untuk sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 08 JANUARI 2025.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.