lembaga

Pelbagai jawatan Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN): Gaji sehingga RM5,672

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN)

  1. PENOLONG KURATOR GED S29
    • Klasifikasi : Perkhidmatan Sosial
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
    • Taraf Jawatan : Tetap/ Kontrak (Interim)
    • Kekosongan : 2
    • Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,672
  2. PEMBANTU PUSTAKAWAN GRED S19
    • Klasifikasi : Perkhidmatan Sosial
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
    • Taraf Jawatan : Tetap/ Kontrak (Interim)
    • Kekosongan : 1
    • Jadual Gaji (Gred S29) : RM1,352 – Rm4,003
  3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
    • Klasifikasi : Pentadbiran Dan Sokongan
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
    • Taraf Jawatan : Tetap/kontrak (Interim)
    • Kekosongan : 1
    • Jadual Gaji (Gred N19) : RM1,352 – RM4,003
  4. PEMBANTU OPERASI GRED N11
    • Klasifikasi : Pentadbiran Dan Sokongan
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
    • Taraf Jawatan : Tetap/kontrak (Interim)
    • Kekosongan : 1
    • Jadual Gaji (Gred N19) : RM1,216 – RM2,983

Syarat-syarat Kelayakan

PENOLONG KURATOR GED S29

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau (Gaji permulaan: RM1,493.00)
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau (Gaji Permulaan: RM1,493.00)
    • Diploma dalam bidang seni lukis, seni reka, seni halus, seni bina, sains, permuziuman atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan (Gaji Permulaan: RM1,770.95)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PEMBANTU PUSTAKAWAN GRED S19

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,352.00); atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
      serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiltiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,408.40); atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
      serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,464.80)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PEMBANTU OPERASI GRED N11

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,216.00) atau
    • PT3/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,262.15)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem Permohonan Jawatan LPSVN. Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan pada 24 JUN 2024 (ISNIN).

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…
Permohonan Bantuan RM600 Setiap Bulan Masih Dibuka: Umur 60 Tahun & Ke Atas Boleh Memohon

Permohonan Bantuan RM600 Setiap Bulan Masih Dibuka: Umur 60 Tahun & Ke Atas Boleh Memohon

Warga emas merupakan golongan yang amat dihormati dan dihargai dalam masyarakat, kerana mereka bukan sahaja menyumbang tenaga dan jasa semasa…