Pelbagai kekosongan jawatan dibuka di Hospital Pengajar UPM: Minima SPM layak memohon

Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) ditubuhkan sebagai hospital pengajaran untuk Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM dalam usaha melatih profesional penjagaan kesihatan masa depan. Ia juga memberikan penjagaan perubatan yang komprehensif kepada komuniti, tanpa mengira status sosioekonomi.

Visi HPUMP adalah bagi menjadi sebuah hospital universiti dengan reputasi antarabangsa, selain komited sebagai institusi perawatan, pembelajaran dan penyelidikan yang unggul ke arah peningkatan kualiti kesihatan, penerokaan ilmu dan kesarjanaan kepakaran demi kesejahteraan masyarakat dan pembangunan negara.

Selaras dengan peranan dan usahanya itu, HPUPM kini telah membuka pelbagai kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. PEGAWAI PENYELIDIK – Q41
  2. PEGAWAI PSIKOLOGI – S41
  3. PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT- S41
  4. PEGAWAI FARMASI – UF41
  5. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – FA29
  6. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN – KP29
  7. JURUPULIH PERUBATAN – U29
  8. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN – U29
  9. PEMBANTU KESELAMATAN – KP19
  10. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) – W19

 

Syarat kelayakan akademik bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus jawatan.

Cara memohon:

Bagi yang berminat dan berkelayakan, iklan kekosongan secara terperinci boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan boleh dibuat dengan klik pada pautan yang disediakan di nama-nama jawatan yang ditawarkan di laman berkenaan.

Hanya pemohon yang menepati syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Mei 2021 (5:00 petang).

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Bantuan RM600 Setiap Bulan Masih Dibuka: Umur 60 Tahun & Ke Atas Boleh Memohon

Permohonan Bantuan RM600 Setiap Bulan Masih Dibuka: Umur 60 Tahun & Ke Atas Boleh Memohon

Warga emas merupakan golongan yang amat dihormati dan dihargai dalam masyarakat, kerana mereka bukan sahaja menyumbang tenaga dan jasa semasa…
Banyak Jawatan Kosong Ditawarkan Universiti Malaya (UM): Senarai Jawatan & Cara Memohon

Banyak Jawatan Kosong Ditawarkan Universiti Malaya (UM): Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Pengambilan Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam Dibuka: Gaji Sehingga RM6,620

Pengambilan Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam Dibuka: Gaji Sehingga RM6,620

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awan (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…