Pelbagai kekosongan jawatan dibuka di MAIPs: Tarikh tutup 14 April 2020 – Mohon Sekarang

Majlis Agama Islam Perlis pada asalnya ditubuhkan pada tahun 1920 dan setelah Perlis menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Januari 1948, badan itu dikenali sebagai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada 1 Februari 1948.

Antara visi utama MAIPs adalah bagi memastikan kelangsungan kesejahteraan ummah melalui pengurusan hal ehwal Islam yang telus dan efektif berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Selaras dengan usahanya itu, kini MAIPs mempelawa warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada anak Negeri Perlis) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP seperti berikut:

  1. Penolong Akauntan – Gred W29
  2. Penolong Pegawai Tadbir – Gred N29
  3. Penolong Jurutera – Gred JA29
  4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) – Gred N19
  5. Pemandu Kenderaan – Gred H11

 

Bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan, syarat kelayakan adalah dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Diploma mengikut ketetapan khusus jawatan.

Calon juga dikehendaki memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (bagi jawatan dengan syarat PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, iklan penuh jawatan boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang permohonan jawatan kosong (KLIK SINI) secara lengkap.

Borang kemudiannya perlu disertakan bersama resume, sekeping gambar terkini berukuran passport dan salinan sijil/dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  • Kad Pengenalan
  • Sijil kelahiran
  • Sijil berhenti sekolah
  • Sijil-sijil Akademik
  • Sijil kegiatan luar (jika ada)
  • Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas berkaitan dengan jawatan dipohon.

 

Borang dan dokumen seterusnya perlu dihantar secara pos atau serahan tangan kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis
No. A2, Taman Pengkalan Asam
Jalan Tuanku Syed Putra
01000 Kangar
Perlis. 

* Sila tulis ‘nama jawatan’ di sebelah atas kiri sampul surat bagi permohonan jawatan yang dikemukakan.

Hanya pemohon yang berkelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga, manakala bagi yang tidak menerima sebarang jawapan setelah tiga bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonannya sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 14 APRIL 2021.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Semak penerima, tarikh & jumlah bayaran STR Fasa 4 bulan depan (November 2024)

Semak penerima, tarikh & jumlah bayaran STR Fasa 4 bulan depan (November 2024)

Pengenalan pelbagai jenis bantuan/inisiatif adalah sebahagian daripada usaha pihak Kerajaan (Persekutuan atau Negeri) untuk meringankan beban rakyat mendapani cabaran kos…
Bantuan 'one-off' RM2,700 melalui Program Geran Pelancaran 2024

Bantuan 'one-off' RM2,700 melalui Program Geran Pelancaran 2024

Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kebajikan rakyat, terutamanya golongan yang memerlukan, sentiasa terpelihara. Melalui pelbagai inisiatif bantuan kebajikan, kerajaan menyediakan…
Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin mencabar, ramai di kalangan rakyat Malaysia merasa terhimpit dengan beban kewangan yang…