Pelbagai kekosongan jawatan dibuka di MPTI ~ Gaji dari RM1,205 hingga RM5,701

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat hebahan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PENOLONG JURUTERA – JA29
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
    • Kekosongan: 1
  2. PEMBANTU TADBIR (P/O) – N19
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
    • Kekosongan: 2
  3. PEMBANTU AWAM – H11
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,218 – RM2,939
    • Kekosongan: 6
  4. PENGAWAL KESELAMATAN – KP11
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,205 – RM2,939
    • Kekosongan: 1

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PMR atau SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Untuk syarat-syarat kelayakan khusus bagi setiap jawatan, rujuk – DI SINI.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan jawatan, permohonan jawatan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan (muat turun – DI SINI) secara lengkap dan tepat.

Borang kemudiannya perlu dihantar melalui pos ke alamat:

YANG DIPERTUA, MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN, BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, JALAN SPEEDY, 36000 TELUK INTAN, PERAK. 

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Calon yang berjaya dipanggil juga perlu membawa bersama dokumen asal sebagai rujukan pihak MPTI.

Manakala, calon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 13 JANUARI 2022, KHAMIS. 

Untuk hebahan rasmi kekosongan jawatan, rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…