Pelbagai kekosongan jawatan dibuka di PERPUSTAM: Gaji dari RM1,216 hingga RM5,678

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PENOLONG AKAUNTAN W29
    • Gaji: RM1,498 – RM5,678
  2. PENOLONG PUSTAKAWAN S29
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  3. PEMBANTU PUSTAKAWAN S19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  4. PEMANDU KENDERAAN H11
    • Gaji: RM1,218 – RM2,939
  5.  PEMBANTU OPERASI N11
    • Gaji: RM1,216 – RM2,983

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Keutamaan diberikan kepada anak kelahiran negeri Melaka;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Diploma mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

*Senarai lengkap syarat-syarat kelayakan setiap jawatan boleh rujuk – DI SINI

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan berkelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan – muat turun DI SINI.

Borang yang lengkap kemudiannya perlu dilampirkan bersama sijil-sijil kelayakan dan dokumen berkaitan yang disahkan ke alamat:

Pengarah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka, 224-1 Jalan Bukit Baru, 75150, Melaka. 

Hanya calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Manakala, permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 30 OKTOBER 2021 (SABTU). 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…