Pelbagai kekosongan jawatan dibuka di PPUM: Gaji permulaan dari RM1,216 hingga RM2,078

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT – GRED S41
    • Gaji: RM2,078 – RM9,544
  2. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM – GRED S41
    • Gaji: RM2,078 – RM9,544
  3. PEGAWAI PSIKOLOGI – GRED S41
    • Gaji: RM2,078 – RM9,544
  4. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN – GRED U29
    • Gaji: RM1,797 – RM7,605
  5. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN – GRED U29
    • Gaji: RM1,797.00 RM5,753.00
  6. JURU X-RAY (RADIOTERAPI) – GRED U29
    • Gaji: RM1,797 – RM7,605
  7. JURU X-RAY – GRED U29
    • Gaji: RM1,797 – RM7,605
  8. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – GRED N19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  9. PEMBANTU KEMAHIRAN H19 (ELEKTRIK)
    • Gaji: RM1,377 – RM4,052
  10. PENOLONG AKAUNTAN – GRED W29
    • Gaji: RM1,498 – RM5,678
  11. JURURAWAT – GRED U29
    • Gaji: RM1,797 – RM7,605
  12. PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL) – GRED JA29
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
  13. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN – GRED U29
    • Gaji: RM1,797 – RM7,605
  14. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11
    • Gaji: RM1,204 – RM3,001
  15. PENGAWAL KESELAMATAN – GRED KP11
    • Gaji: RM1,205 – RM2,939
  16. PEMBANTU OPERASI – GRED N11
    • Gaji: RM1,216 – RM2,983

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan dari peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
  • Memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

*Bagi senarai penuh syarat-syarat kelayakan setiap jawatan, KLIK SINI.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan bekelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat secara atas talian di Sistem Permohonan Jawatan PPUM – KLIK SINI.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 27 September 2021. 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh rujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…