Pelbagai kekosongan jawatan dibuka di SSM ~ Gaji dari RM2,500 hingga RM5,200

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. KETUA UNIT, BAHAGIAN APLIKASI DAN OPERASI PERKHIDMATAN TERAS
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM3,700 – RM5,200
  2. EKSEKUTIF, BAHAGIAN INFRASTRUKTUR ICT
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM2,500 – RM3,500
  3. EKSEKUTIF, BAHAGIAN APLIKASI DAN OPERASI PERKHIDMATAN KORPORAT
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM2,500 – RM3,500
  4. EKSEKUTIF, BAHAGIAN APLIKASI DAN OPERASI PERKHIDMATAN TERAS
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM2,500 – RM3,500

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Memiliki kelayakan akademik sekurangnya Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Memiliki pengalaman kerja dari satu ke enam tahun mengikut ketetapan bagi setiap jawatan.

*Untuk senarai penuh syarat-syarat kelayakan setiap jawatan, KLIK SINI.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan berkelayakan, maklumat lanjut kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

Permohonan juga boleh dibuat di portal sama dengan klik pada ‘Apply Now’.

Calon bagaimanapun perlu mendaftar terlebih dahulu di portal berkenaan dengan memberikan butiran diri, pendidikan, pengalaman dan sebagainya dengan lengkap serta tepat.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Golongan B40 atau 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Dalam konteks ekonomi negara, mereka adalah kumpulan yang paling terkesan…
Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…