Pelbagai kekosongan jawatan dibuka di UUM ~ Gaji dari RM1,216 sehingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Utara Malaysia (UUM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. JURUTERA – GRED J41
    • Gaji: RM2,529 – RM9,643
  2. PEGAWAI TADBIR – GRED N41
    • Gaji: RM2,080 – RM9,546
  3. PENOLONG PUSTAKAWAN – GRED S29 (KONTRAK/TETAP)
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  4. PEGAWAI KEBUDAYAAN – GRED B29
    • Gaji: RM1,499 – RM5,679
  5. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN – GRED U19
    • Gaji: RM1,360 – RM4,052
  6. PEMANDU KENDERAAN – GRED H11 (KUALA LUMPUR/SINTOK)
    • Gaji: RM1,218 – RM2,939
  7. PEMBANTU OPERASI – GRED N11
    • Gaji: RM1,216 – RM2,983

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Kepujian Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan, mengikut dengan ketetapan khusus setiap jawatan.

*Untuk senarai lengkap syarat-syarat kelayakan setiap jawatan, rujuk – DI SINI

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan ingin memohon, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Permohonan Jawatan Kosong UUM – DI SINI.

Bagi pengguna baru, pemohon dikehendaki mendaftar dahulu dan mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem berkenaan.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipelawa untuk menghadiri ditemuduga.

Manakala, permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh enam bulan dari tarikh iklan jawatan ditutup hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 NOVEMBER 2021, AHAD.

Untuk maklumat dan hebahan rasmi kekosongan jawatan, boleh rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…