Pelbagai kekosongan jawatan dibuka di YADIM ~ Kadar upah dari RM54 hingga RM100 sehari

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) – GRED 41
    • Kadar upah sehari: RM100
  2. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) – GRED 29
    • Kadar upah sehari: RM72
  3. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) – GRED 19
    • Kadar upah sehari: RM54

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Keutamaan bagi yang memiliki pengalaman kerja-kerja akaun/mempunyai sijil akaun/kewangan.

*Senarai lengkap syarat-syarat kelayakan setiap jawatan boleh rujuk – DI SINI

Cara Memohon

Bagi yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Pemohon juga mestilah memuat naik resume, gambar terkini berukuran passport, salinan surat kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan ke e-mel: [email protected].

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 03 DISEMBER 2021, JUMAAT (5 PETANG).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…