Pelbagai kekosongan jawatan sedia untuk dimohon di LPM ~ Gaji dari RM1,352 hingga RM9,618

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Perumahan Melaka (LPM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (F41)
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM2,315 – RM9,618
  2. PEGAWAI UNDANG-UNDANG (L41)
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM2,418 – RM9,607
  3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (N29)
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  4. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN (W19)
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,353 – RM4,005
  5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (N19)
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

*Maklumat lengkap syarat-syarat kelayakan bagi setiap jawatan – DI SINI.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan (muat turun DI SINI) secara lengkap dan tepat.

Borang yang lengkap kemudiannya perlu dilampirkan bersama salinan Ijazah, Diploma dan sijil-sijil berkaitan yang telah diakui sah.

Pemohon seterusnya dikehendaki menulis nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sudut kiri sampul surat dan dihantar ke alamat:

PENGARAH EKSEKUTIF, LEMBAGA PERUMAHAN MELAKA, No.9-1, Jalan TU49A, Kompleks Komersial Boulevard, Taman Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 24 DISEMBER 2021, JUMAAT.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia: Tawaran Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia: Tawaran Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Jabatan Penerangan Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
RM300 Dikreditkan Setiap Bulan Secara Automatik: Ini Maklumat Bantuan e-Wallet BINGKAS

RM300 Dikreditkan Setiap Bulan Secara Automatik: Ini Maklumat Bantuan e-Wallet BINGKAS

Dalam kesibukan menjalani kehidupan moden, keperluan harian sering kali dianggap sesuatu yang biasa dan kurang diberi perhatian. Namun, tanpa kita…
RM200 Dikreditkan Semula Ke MyKad Bulan Depan (Mei 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

RM200 Dikreditkan Semula Ke MyKad Bulan Depan (Mei 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

Dalam konteks ekonomi Malaysia, istilah “B40” merujuk kepada kumpulan 40% rakyat yang berpendapatan terendah dalam negara. Menurut data rasmi, B40…