Pelbagai kekosongan jawatan terkini dibuka di MPLBP: Minima SPM, gaji sehingga RM4,032

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. JURUFOTOGRAFI – GRED B19
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM1,360 – RM4,032
  2. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM54/sehari

Syarat-syarat Kelayakan

JURUFOTOGRAFI – GRED B19

  • Warganegara Malaysia;
  • Rakyat Negeri Kedah Darul Aman digalakkan memohon;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang fotografi dan/atau kamera filem serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

  • Warganegara Malaysia;
  • Rakyat Negeri Kedah Darul Aman digalakkan memohon;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Mempunyai sekurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan jawatan (muat turun – DI SINI).

Borang yang lengkap diisi perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen yang diperakui sah sebagai salinan sebenar oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Gred 41 ke atas) berikut:

  • Salinan kad pengenalan;
  • Salinan Sijil Kelahiran;
  • Sijil-sijil kelulusan.

 

Pemohon kemudiannya hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar ke alamat:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI
BANDARAYA PELANCONGAN
07000 KUAH, LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 13 MAC 2022, AHAD.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Banyak jawatan kosong Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT): Kelayakan SPM hingga Ijazah

Banyak jawatan kosong Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT): Kelayakan SPM hingga Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan…
Bantuan BMT RM800: Maklumat penerima, syarat-syarat & jadual rasmi pembayaran

Bantuan BMT RM800: Maklumat penerima, syarat-syarat & jadual rasmi pembayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Semak Bantuan MyKad RM100 September 2024: Diberikan secara automatik, tidak perlu memohon

Semak Bantuan MyKad RM100 September 2024: Diberikan secara automatik, tidak perlu memohon

Keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat telah menjadi antara salah satu isu utama di kalangan rakyat Malaysia. Prihatin dengan…