Pelbagai kekosongan jawatan terkini dibuka di UKM ~ Gaji dari RM1,205 hingga RM9,656

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. GURU BAHASA – GRED DG41
    • Gaji: RM2,188 – RM 9,552
  2. PEGAWAI SAINS – GRED C41
    • Gaji: RM2,317 – RM 9,620
  3. JURURAWAT – GRED U41
    • Gaji: RM2,429 – RM 9,656
  4. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – GRED F41
    • Gaji: RM2,315 – RM 9,618
  5. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN – GRED U29
    • Gaji: RM1,797 – RM 5,753
  6. PEMBANTU TADBIR (P/O) – GRED N19 (MENJALANKAN FUNGSI JURUFOTOGRAFI) 
    • Gaji: RM1,352 – RM 4,052
  7. PEMBANTU KESELAMATAN – GRED KP19
    • Gaji: RM1,352 – RM 4,003
  8. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK – GRED J19 
    • Gaji: RM1,377 – RM 4,052
  9. PEMBANTU AWAM – GRED H11
    • Gaji: RM1,218 – RM 2,939
  10. PENGAWAL KESELAMATAN – GRED KP11
    • Gaji: RM1,205 – RM2,939

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Penilaian Menengah Rendah mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

*Bagi syarat-syarat kelayakan lengkap setiap jawatan, rujuk – DI SINI.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan berkelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan UKM – DI SINI.

Hanya calon-calon menepati syarat-syarat kelayakan dan disenarai pendek sahaja yang akan dipelawa untuk Ujian Tapisan Kompetensi Pelantikan Kakitangan UKM dan temuduga.

Manakala, permohonan yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh empat bulan dari tarikh tutup iklan boleh dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 08 NOVEMBER 2021 (ISNIN). 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan, boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…
Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…