Peluang kerja di Daikin Malaysia Sdn Bhd: Temu duga terbuka dari Isnin hingga Jumaat

Daikin Malaysia Sdn Bhd adalah satu-satunya pengeluar penyaman udara di Malaysia yang menghasilkan pelbagai peralatan HVAC untuk pasaran eksport Malaysia dan global. Ia juga sehingga kini masih mengembangkan perniagaan dan meningkatkan teknologinya sesuai dengan peredaran kemajuan teknologi.

Selaras dengan usahanya itu, kini Daikin Malaysia telah membuka kekosongan jawatan sebagai OPERATOR PENGELUARAN.

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan jawatan:

  • Mempunyai kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) atau Sijil Kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Boleh bekerja secara syif.
  • Boleh bekerja lebih masa (OT).

 

Skop kerja pula adalah:

  • Menjalankan kerja-kerja pengeluaran mengikut garis panduan yang ditetapkan.
  • Memantau dan memastikan kualiti produk yang dihasilkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

 

Jawatan juga datang dengan pelbagai manfaat seperti:

  • Elaun Kesihatan dan Kesejahteraan
  • Elaun Kedatangan
  • Elaun Pengangkutan
  • Elaun Makan
  • Elaun Syif
  • Dua bulan bonus tetap
  • Uniform
  • Rawatan kesihatan pekerja dan keluarga
  • Kelab Sukan

 

Maklumat temu duga terbuka:

Bagi calon yang berminat, permohonan boleh dibuat dengan menghadiri temu duga terbuka seperti berikut:

  • Tempat:
    • Daikin Malaysia Sdn. Bhd. Lot 60334, Persiaran Bukit Rahman Putra 3 Taman Perindustrian Bukit Rahman Putra 47000 Sungai Buloh, Selangor
  • Hari:
    • Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum)
  • Masa Pendaftaran: 
    • 9.00 pagi – 9.30 pagi

 

Ketika menghadiri temu duga, calon juga diminta untuk membawa dokumen asal dan salinan:

  • Kad pengenalan
  • Lesen (jika ada)
  • Sijil-sijil pelajaran
  • Gambar berukuran passport
  • Pen dan pelitup muka (wajib)

 

Untuk maklumat lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi talian: 03-61458616/03-61458630/03-61458625. Iklan jawatan secara lebih terperinci pula boleh didapati DI SINI.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…