Peluang kerja di Foxconn Technology Malaysia Sdn Bhd: Temu duga terbuka dari Selasa hingga Khamis

FOXCONN adalah nama dagang terdaftar Hon Hai Precision Industry Company Ltd  sebuah syarikat pembuatan kontrak elektronik multinasional yang berasal dari Taiwan. Pada 2011, syarikat ini telah tersenarai dalam The Fortune Global 500 dan beroperasi di beberapa buah negara termasuk Malaysia.

Kini bagi melancarkan lagi perjalanannya, Foxconn Technology Malaysia Sdn Bhd telah mengadakan temu duga terbuka bagi jawatan OPERATOR PENGELUARAN.

Kelayakan dan faedah-faedah jawatan

Bagi jawatan Operator Pengeluaran, syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Memiliki sekurangnya Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik.
  • Boleh bekerja secara syif bergiliran 12 jam – 5 hari seminggu

 

Faedah-faedah jawatan adalah:

  • Elaun syif malam
  • Elaun kedatangan
  • Elaun pengangkutan (jika tidak menaiki pengangkutan syarikat)
  • Klinik panel
  • Kemudahan kantin dan surau
  • Anugerah perkhidmatan yang menarik

 

Maklumat temu duga terbuka

Bagi calon yang berminat, permohonan boleh dibuat dengan menghadiri temu duga terbuka seperti berikut:

  • Tarikh:
    • Setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis (kecuali cuti umum)
  • Masa:
    • 2:00 petang – 4:00 petang
  • Tempat:
    • Foxconn Technology Malaysia Sdn Bhd, No 3348, Lot 58802, 03 & 06 , Jalan Pekeliling Tanjung 27, Indahpura, 81000, Kulai, Johor

 

*Pengangkutan juga disediakan untuk kawasan Bandar Tenggara dan Bandar Putra.

Jawatan ini juga datang dengan beberapa insentif menarik seperti:

  • RM200 selepas sah jawatan ±3bulan bekerja
  • RM400 lagi selepas ±6bulan bekerja

 

Insentif ini sah kepada mereka yang masuk kerja dari 31 Mac 2021 hingga 30 Jun 2021 (tertakluk kepada terma dan syarat). Bagi maklumat iklan jawatan secara lebih terperinci, calon boleh KLIK SINI untuk maklumat lanjut. Jika terdapat sebarang pertanyaan pula, calon boleh menghubungi talian: 07-6613888.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…