Peluang kerja di Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara: Gaji dari RM1,352 hingga RM9,544

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Ia ditubuhkan rentetan dengan penubuhan Balai Seni Lukis Negara (BSLN) pada sekitar tahun 1950-an oleh Majlis Kesenian Persekutuan (Malaya Arts Council).

Pada September 2011, nama Balai Seni Lukis Negara telah ditukar kepada Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara. Visi utama badan ini adalah bagi menjadi pusat terunggul pengembangan serta pengumpulan hasil seni visual tanahair dan pemegang amanah warisan seni negara.

Selaras dengan usaha dan visinya itu, LPSVN kini telah membuka beberapa kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang dibuka:

  1. Kurator – Gred S41
    • Gaji: RM2,078 – RM9,544
    • Kenaikan gaji tahunan: RM225
  2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat – Gred FA29
    • Gaji: RM1,549 – RM5,684
    • Kenaikan gaji tahunan: RM145
  3. Juruteknik Komputer – Gred FT19
    • Gaji: RM1,377 – RM4,052
    • Kenaikan gaji tahunan: RM100
  4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) – Gred N19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
    • Kenaikan gaji tahunan: RM100

 

Bagi syarat kelayakan jawatan, ia terbuka dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus jawatan. Semua taraf jawatan pula adalah tetap.

Calon juga hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh didapati di PAUTAN INI. Untuk permohonan jawatan pula, ia hendaklah dibuat secara atas talian DI SINI. Ketika permohonan, pemohon dikehendaki mengisi maklumat diri, pendidikan dan pengalaman dengan lengkap. Kegagalan berbuat demikian boleh membuat permohonan ditolak.

Hanya pemohon yang layak dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga. Manakala, pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap permohonanya sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 APRIL 2021.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia (JLM): Permohonan Dibuka Sehingga 09 Mei 2025

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia (JLM): Permohonan Dibuka Sehingga 09 Mei 2025

Pada ketika ini, Jabatan Laut Malaysia (JLM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bergelar suami isteri adalah detik indah yang dinantikan oleh ramai pasangan. Namun, selepas majlis tamat, bermulalah satu fasa kehidupan yang…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 tahun dan ke atas: Cara Memohon Bantuan BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 tahun dan ke atas: Cara Memohon Bantuan BWE 2025

Warga emas merupakan sebahagian penting daripada masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang tenaga dan pengalaman yang tidak ternilai dalam membangunkan…