Peluang kerja sebagai Operator Pengeluaran di Mewah Dairies: Berminat, mohon sekarang

Mewah Dairies Sdn Bhd adalah salah sebuah pengeluar produk tenusu global dengan pasaran di lebih 100 buah negara dunia. Berada di bawah Mewah Group, kumpulan ini juga mempunyai pejabat pemasarannya sendiri di beberapa buah negara seperti Australia, China, India, Singapura, Thailand, Benin, Ghana, Ivory Coast, Nigeria, Uganda, Rusia, Turki, Amerika Utara dan Amerika Selatan.

Selaras dengan perkembangannya itu, kini Mewah Dairies Sdn Bhd telah membuka 20 kekosongan jawatan sebagai OPERATOR PENGELUARAN, yang sedia untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan jawatan:

  • Memiliki sekurangnya tahap pendidikan Sekolah Rendah/Menengah/SPM/STPM/”A” Level/ Pra-U atau setaraf.
  • Mempunyai kemahiran penyelesaian masalah mesin.
  • Boleh berbahasa Melayu dan Inggeris.
  • Memiliki sekurangnya setahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
  • Bersedia untuk bekerja di PULAU INDAH, PELABUHAN BARAT, KLANG.
  • Sebaiknya Bukan Eksekutif yang mengkhusus dalam Operasi Pembuatan/Pengeluaran atau yang setaraf dengannya.
  • Boleh bekerja secara syif.

 

Bidang tugas jawatan pula adalah:

  • Melaksanakan tugas operasi mesin.
  • Memastikan kualiti output yang baik.
  • Membantu pengeluaran dan kualiti produk.
  • Mengatasi masalah pembuatan dan menyelesaikan hal pengeluaran untuk produktiviti yang lebih baik.
  • Menjalankan dan mendokumentasikan pemeriksaan keadaan pra operasi peralatan pengeluaran yang ditetapkan.
  • Memantau pembersihan penyelenggaraan peralatan produksi oleh kakitangan am dan pengendali pengeluaran dilakukan dengan secukupnya atau latihan pekerjaan yang akan diberikan untuk memastikannya berkesan.
  • Mengendalikan dan memantau prestasi peralatan pengeluaran jika perlu.
  • Melaksanakan tugas seperti yang diminta oleh Juruteknik Produksi dan Penyelia.

 

Jawatan ini juga datang dengan beberapa manfaat seperti:

  • Manfaat perubatan
  • Penginapan disediakan untuk calon luar

 

Cara memohon:

Bagi yang berminat, iklan penuh jawatan boleh didapati di LAMAN INI dan permohonan juga boleh dibuat di laman berkenaan dengan klik ‘Apply Now’ pada jawatan. Pemohon bagaimanapun perlu mendaftar terlebih dahulu di laman berkenaan sebelum boleh membuat permohonan.

Purata tempoh proses permohonan adalah 9 hari.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Pendidikan adalah asas penting dalam membentuk individu, masyarakat, dan negara yang maju. Ia bukan sekadar proses pembelajaran di sekolah atau…
RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

Dalam kehidupan seharian, kita bergantung kepada pelbagai keperluan asas dan barangan keperluan untuk memastikan kelangsungan hidup serta keselesaan. Keperluan asas…