bank simpanan

Peluang kerjaya bersama Bank Simpanan Nasional (BSN): Permohonan dibuka sehingga 10 Mei 2024

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Bank Simpanan Nasional (BSN) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Bank Simpanan Nasional (BSN)

TELLER/KERANI (N3)

  • Penempatan: Melaka

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur di antara 18 tahun hingga 25 tahun pada tahun 2024;
  • Keutamaan adalah kepada pemegang Diploma Perbankan / Kewangan / Perakaunan/ Perniagaan (CGPA: 3.00 ke atas);
  • Bagi calon-calon yang mempunyai Diploma selain di atas, keputusan SPM bagi matapelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris adalah di peringkat Kepujian.
  • Syarat-syarat tambahan:
    • Calon hendaklah mempunyai personaliti yang menarik, mampu berkomunikasi dengan baik dan mempunyai pengetahuan komputer;
    • Keutamaan diberikan ke atas calon yang bergiat cergas di dalam aktiviti ko-kurikulum dan aktif dalam acara sukan.

Tanggungjawab Utama

  • Menguruskan transaksi dan hal berkaitan urusniaga wang tunai di kaunter dengan efisien;
  • Mengemaskini dan merekod urusan pembayaran dan penerimaan wang di kaunter;
  • Menjaga kerahsiaan maklumat pelanggan dan membuat cross selling ke atas produk-produk Bank;
  • Sentiasa memberikan khidmat pelanggan yang baik dengan melayani dan menangani pertanyaan pelanggan;
  • Melaksanakan fungsi proses operasi. pentadbiran am dan pengkeranian;
  • Membantu dan melaksanakan apa juga projek dan/ atau tugas yang diberikan dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menghantar resume dan salinan Diploma/Transkrip Akademik ke alamat:

Bank Simpanan Nasional, Cawangan Utama Melaka, Lot 779, Jalan Munshi Abdullah, 75100, Melaka.

Permohonan juga boleh dihantar secara e-mel ke alamat: nazzathul_norza@bsn.com.my atau shernwee@bsn.com.my

Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.

Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Tarikh tutup permohonan pada 10 MEI 2024 (JUMAAT).

Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga. Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk:

Pada tahun pertama operasi sejak mengambil alih fungsi Bank Simpanan Pejabat Pos pada 01 Disember 1974, BSN menumpukan usaha kami kepada pengstrukturan semua dan memperkemas organisasinya; memudahkan prosedur untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang dipertingkatkan kepada penyimpannya.

Dalam melaksanakan objektif ini, BSN merancang untuk mengagihkan kuasa pusat pentadbiran dan kawalan aktiviti dengan menubuhkan pejabat cawangan kami sendiri di bandar-bandar utama di seluruh negara. Di kawasan-kawasan di mana pejabat tidak dapat dibuka, pejabat pos dan van pos dengan kemudahan bank simpanan terus digunakan untuk memudahkan penabungan.

Kempen publisiti intensif untuk menggalakkan tabiat menabung dan sifat berjimat cermat di kalangan masyarakat umum dijalankan di peringkat kebangsaan. Pegawai promosi wilayah melawat sekolah-sekolah dan pusat-pusat perniagaan untuk mempromosikan perkhidmatan yang BSN tawarkan dan untuk menggalakkan orang ramai menyimpan.

BSN juga sentiasa percaya terhadap kepentingan amalan menabung untuk masa depan yang lebih terjamin. Sebagai bank pertama dan yang paling lama beroperasi di Malaysia, BSN cuba yang terbaik untuk menggalakkan amalan menabung dan melabur dalam kalangan warga Malaysia.

BSN turut menerima akreditasi pensijilan ISO 9001:2008 daripada badan pensijilan antarabangsa SIRIM QAS International Sdn. Bhd. dan IQ Net bagi proses kerja dalam Bahagian Pentadbiran Am serta bagi proses-proses pengurusan SSPnya.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM500 dikreditkan setiap bulan kepada warga emas (60 tahun dan ke atas): Cara memohon

Bantuan RM500 dikreditkan setiap bulan kepada warga emas (60 tahun dan ke atas): Cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Pendapatan bawah RM10,959 layak terima Bantuan RM500: Cara buat permohonan

Pendapatan bawah RM10,959 layak terima Bantuan RM500: Cara buat permohonan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat  Persekutuan atau…
Pengambilan lebih 30 kekosongan di Kementerian Kerja Raya Malaysia: Gaji RM2,529 - RM9,643

Pengambilan lebih 30 kekosongan di Kementerian Kerja Raya Malaysia: Gaji RM2,529 - RM9,643

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…