PERKESO

Peluang kerjaya bersama PERKESO ambilan Jun 2024: Kelayakan minima SPM dan cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan PERKESO

  1. PENOLONG JURUPULIH PUSAT REHABILITASI PERKESO
  2. JURURAWAT
  3. PEMBANTU PERUBATAN
  4. PEMBANTU PERUBATAN JUNIOR
  5. PENOLONG JURUPULIH JURURAWAT
  6. JURURAWAT JUNIOR
  7. DEMI CHEF

Syarat-syarat Kelayakan

  1. PENOLONG JURUPULIH PUSAT REHABILITASI PERKESO 
    • Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
    • Graduan baru dengan diploma kejururawatan digalakkan memohon;
    • Interpersonal yang baik, Kemahiran komunikasi yang baik, Celik Komputer;
    • Mempunyai lesen sekurang-kurangnya D;
    • Baik dalam bahasa Melayu dan Inggeris sama ada bertulis dan lisan;
    • Pemain pasukan yang kuat.

    • Pemain pasukan yang kuat
  3. PEMBANTU PERUBATAN
    • Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam Pembantu Perubatan.
    • Kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.
    • Celik komputer.
    • Mahir berbahasa Melayu dan Inggeris sama ada bertulis dan pertuturan.
    • Pemain pasukan yang kuat.
  4. PEMBANTU PERUBATAN JUNIOR
    • Graduan baru dengan Diploma Pembantu Perubatan digalakkan memohon.
    • Kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.
    • Celik komputer.
    • Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam Pembantu Perubatan.
    • Mahir berbahasa Melayu dan Inggeris sama ada bertulis dan pertuturan.
  5. PENOLONG JURUPULIH JURURAWAT
    • Memiliki sekurang-kurangnya kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
    • Graduan baru dengan diploma kejururawatan digalakkan memohon.
    • Interpersonal yang baik, Kemahiran komunikasi yang baik, Celik Komputer.
    • Mempunyai lesen sekurang-kurangnya D.
    • Baik dalam bahasa Melayu dan Inggeris sama ada bertulis dan lisan.
  6. JURURAWAT JUNIOR
    • Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya Diploma Kejururawatan
    • Sekurang-kurangnya 2 Tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
    • Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM)
    • Memiliki Sijil Amalan Tahunan (APC)/RON yang sah
    • Interpersonal yang baik, Kemahiran komunikasi yang baik, Celik Komputer.
    • Baik dalam bahasa Melayu dan Inggeris sama ada bertulis dan lisan.
  7. DEMI CHEF
    • Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya SPM
    • Sekurang-kurangnya 1 Tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
    • Baik dalam bahasa Melayu dan Inggeris sama ada bertulis dan lisan.
    • Pemain pasukan yang kuat.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal MyFutureJobs. Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga oleh pihak majikan.

Tarikh tutup permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

PERKESO ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Pada 1 Julai 1985, status PERKESO telah berubah kepada sebuah Badan Berkanun dan mulai 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO.

Konsep Perlindungan Keselamatan Sosial PERKESO adalah berteraskan konsep tanggungjawab bersama menerusi sumber terkumpul, perkongsian risiko dan penggantian pendapatan. Perlindungan keselamatan sosial adalah asas yang perlu dipenuhi sebagaimana yang dipersetujui di bawah Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1952 iaitu Konvensyen 102; Minimum Standard for Social Security. Dalam memenuhi matlamat tersebut, fungsi utama PERKESO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan.

ARTIKEL BERKAITAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Pendidikan adalah asas penting dalam membentuk individu, masyarakat, dan negara yang maju. Ia bukan sekadar proses pembelajaran di sekolah atau…
RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

Dalam kehidupan seharian, kita bergantung kepada pelbagai keperluan asas dan barangan keperluan untuk memastikan kelangsungan hidup serta keselesaan. Keperluan asas…