Peluang kerjaya dan kekosongan di LPPKN. Pelbagai jawatan sedia untuk dimohon

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Pada awal tahun 2021 ini, LPPKN telah membuka beberapa kekosongan jawatan untuk diisi oleh Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Berikut adalah senarai jawatan kosong yang sedia untuk dimohon:

  1. Pegawai Perubatan Gred UD47/51/53 (2 kekosongan)
  2. Pegawai Penerangan Gred S41 (2 kekosongan)
  3. Pegawai Tadbir Gred N41 (5 kekosongan)
  4. Penolong Pegawai Penerangan Gred S29 (2 kekosongan)

 

Syarat kelayakan permohonan:

  1. Kekosongan jawatan adalah terbuka kepada calon-calon yang berkelayakan dengan kelulusan di peringkat STPM/Diploma hingga Ijazah Sarjana Muda (bergantung kepada jenis jawatan).
  2. Calon juga hendaklah memiliki Kepujian (sekurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Cara permohonan:

Calon-calon yang berkelayakan dan berminat boleh memohon jawatan di laman: https://www.myfuturejobs.gov.my/ dengan menulis nama jawatan di bahagian carian kerja. Calon kemudiannya boleh melihat dengan lebih terperinci maklumat kelayakan bagi setiap jawatan yang ditawarkan.

Hanya pemohon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil ke Tapisan Pertama (Assessment Centre 1). Manakala, pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 hingga 12 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka itu sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 MAC 2021 (Khamis).

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…