Peluang kerjaya di Majlis Perbandaran Kuala Langat: Lebih 15 kekosongan boleh dimohon

Dirtubuhkan pada 1 Januari 1977, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) adalah gabungan tiga majlis tempatan iaitu Majlis Tempatan Sungai Jarom, Majlis Tempatan Tanjung Sepat dan Lembaga Bandaran Kuala Langat. Sesuai dengan bilangan penduduk Kuala Langat yang semakin bertambah, iaitu sebanyak 272,893 orang (setakat tahun 2011), kini MPKL sedang mencari calon bagi mengisi kekosongan jawatan.

Antara jawatan yang dibuka adalah:

  1. AKAUNTAN GRED WA41 (1 KEKOSONGAN)
  2. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W29 (2 KEKOSONGAN)
  3. PENOLONG JURUTERA GRED JA29 (3 KEKOSONGAN)
  4. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED JA29 (2 KEKOSONGAN)
  5. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29 (1 KEKOSONGAN)
  6. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U19 (1 KEKOSONGAN)
  7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 (5 KEKOSONGAN)
  8. PEMANDU KENDERAAN GRED H11 (1 KEKOSONGAN)
  9. PEMBANTU AWAM GRED H11 (3 KEKOSONGAN)

 

Kelayakan bagi kekosongan jawatan adalah dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut syarat yang ditetapkan. Keutamaan pula diberikan kepada rakyat DYMM Sultan Selangor dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

Cara memohon:

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang permohonan (muat turun di sini) atau boleh juga diambil di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kuala Langat. Borang berkenaan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan lain seperti:

  • Gambar berukuran pasport
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan ibu dan bapa pemohon
  • Salinan sijil kelahiran pemohon
  • Salinan sijil kelahiran ibu dan bapa pemohon
  • Salinan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum
  • Salinan sijil-sijil penghargaan

 

Kesemua salinan ini perlu diakui sah terlebih dahulu oleh Wakil Rakyat/ Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/Pengetua/ Guru Besar/Penghulu/Ketua Kampung. Pemohon kemudiannya dikehendaki mencatatkan nama jawatan yang dimohon di bahagian penjuru kanan sampul surat.

Permohonan boleh dihantar ke alamat:

Bahagian Sumber Manusia,
Jabatan Khidmat Pengurusan,
Majlis Perbandaran Kuala Langat,
Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

Bagi pemohon yang tidak menerima maklum balas selepas enam bulan dari tarikh iklan ditutup, maka bolehlah menganggap permohonannya sebagai tidak berjaya. Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 MAC 2021.

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM700 Untuk Golongan B40 Setiap Tahun: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan RM700 Untuk Golongan B40 Setiap Tahun: Permohonan Masih Dibuka

Di Malaysia, golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah yang berada pada kedudukan terendah dari segi pendapatan. Mereka kebiasaannya…
RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Berdasarkan data rasmi, isi…
Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pada ketika ini, Insititut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan…