Peluang kerjaya di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO): Pelbagai jawatan boleh dimohon

Perbadanan Harta Intelek Malaysia atau lebih dikenali sebagai MyIPO adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Ia ditubuhkan bagi bertanggungjawab terhadap pendaftaran dan pentadbiran sistem harta intelek seperti paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, hak cipta dan susun atur litar bersepadu di Malaysia.

Misi utama MyIPO adalah bagi membangun, mempertingkat dan menambahbaik infrastruktur perundangan harta intelek dan sistem pentadbiran yang cekap. Selaras dengan misi itu, kini MyIPO telah membuka pelbagai kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah antara jawatan yang dibuka: 

  1. Pegawai Sistem Maklumat
  2. Pegawai Pemeriksa Paten
  3. Penolong Pegawai Harta Intelek (Penyelia Elektrikal)
  4. Penolong Pegawai Harta Intelek
  5. Setiausaha Pejabat

 

Syarat kelayakan am bagi jawatan adalah:

  • Warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas dari tarikh tamat permohonan.
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga Ijazah Sarjana Muda bergantung kepada ketetapan jawatan.
  • Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
  • Berkebolehan menguasai bahasa lain diberi keutamaan.
  • Berkebolehan mengendalikan komputer di dalam word processing, spreadsheet dan PowerPoint.
  • Memiliki sikap positif, kreatif, inovatif dan berkeyakinan tinggi.
  • Boleh bekerja sebagai satu pasukan serta boleh melakukan kerja-kerja di bawah penyeliaan yang minimum.
  • Berkemampuan melakukan pelbagai tugas dalam masa yang ditetapkan dan boleh bekerja di bawah tekanan.
  • Mendapat Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Kemahiran berkomunikasi di semua peringkat.

 

Cara memohon:

Bagi mereka yang berminat, maklumat iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI. Manakala permohonan jawatan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan MyIPO (DI SINI). Borang kemudianya perlu dihantar bersama dengan salinan sijil-sijil dan gambar berukuran pasport terkini ke alamat:

PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
UNIT B-18-1, MENARA UOA BANGSAR
NO. 5 JALAN BANGSAR UTAMA 1
59000 KUALA LUMPUR
(u.p.: Bahagian Sumber Manusia)

Pemohon juga dikehendaki menulis nama jawatan yang dimohon di sebelah kiri atas sampul surat.

PENTING: Pemohon hendaklah menyertakan Surat Akuan Pengiktirafan Diploma/ Ijazah daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Semakan pengiktirafan boleh dibuat di: http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm atau https://www2.mqa.gov.my/mqr/.

Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada: 02 April 2021. 

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…