Peluang kerjaya dibuka di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA): PMR hingga Ijazah layak memohon

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) ditubuhkan pada 2007 selepas pihak kerajaan bersetuju untuk menggabungkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (BJK,KPT) sebagai sebuah entiti baru yang bertanggungjawab ke atas jaminan kualiti pengajian tinggi negara bagi sektor awam dan swasta.

Peranan utama MQA adalah bagi melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria serta standard kelayakan kebangsaan. MQA turut berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.

Selaras dengan bidang tugasnya itu, kini MQA telah membuka beberapa kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang dibuka:

  1. Pegawai Tadbir – Gred N41
  2. Akauntan – Gred WA41
  3. Penolong Pegawai Tadbir – Gred N29
  4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) – Gred N19
  5. Pemandu Kenderaan – Gred H11

 

Syarat kelayakan akademik bagi jawatan-jawatan adalah dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) hingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus jawatan.

Calon juga perlu memiliki:

  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan – bagi jawatan dengan kelayakan PMR/PT3.
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan – bagi jawatan dengan kelayakan SPM dan Ijazah.

 

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI dan permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman: Jobs@MQA dengan mendaftar dahulu di portal berkenaan.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Jika terdapat sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi Unit Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-8688 4853/3678/3679/3680/3714.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 APRIL 2021 (Khamis).

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…