Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) telah melancarkan sebuah kempen yang dikenali sebagai ‘Kakak juga Pekerja’ bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2021. Melalui kempen ini, gabungan NGO Tenaganita, Persatuan Sahabat Wanita Selangor dan Empower Malaysia telah mendesak kerajaan supaya meminda Jadual Pertama Akta Kerja 1955 bagi menghapuskan diskriminasi secara terang-terangan terhadap pekerja pembantu rumah yang sebahagia besarnya terdiri dari kalangan wanita.
Subseksyen 2 (1) (5) Jadual Pertama itu dilihat telah meletakkan pembantu rumah dalam senarai pengecualian pekerja yang diberikan hak iaitu hak paling asas seperti jam bekerja, hari rehat, syarat perkhidmatan dan faedah bersalin.
Pengarah Eksekutif Tenaganita, Glorene A Das berkata, perkara itu secara langsung telah memberi kesan kepada sekitar 200,000 pembantu rumah di negara ini yang terdiri daripada warga tempatan dan asing.
“Kami, yang bertandatangan di bawah ini, menginginkan undang-undang yang mencerminkan prinsip kerja yang layak dengan penekanan pada berdasarkan hak tanpa diskriminasi gender. Ini bukan amalan kolonial hubungan pekerjaan berdasarkan darjat, untuk mengiktiraf martabat pekerja pembantu rumah sebagai manusia yang berhak mendapat hak dan penghormatan.” – Katanya dalam satu kenyataan, petikan dari Malaysiakini.
Dalam pada itu, gabungan NGO berkenaan juga mendesak kerajaan supaya memeterai Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengenai pekerja pembantu rumah serta Konvensyen ILO tentang keganasan dan gangguan. Dua konvensyen ini dilihat boleh memberikan perlindungan dan menguiktiraf hak pekerja domestik.
Sumber: Malaysiakini.
__________
Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021