Pembayaran BKC dari RM100 hingga RM1,300: Soalan-soalan Lazim & Jadual Pembayaran

Seperti mana yang dimumkan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), pihak kerajaan telah memperkenalkan bantuan tunai yang dikenali sebagai Bantuan Khas C-19 (BKC).

Bantuan ini diberikan secara khusus kepada golongan Miskin Tegar, B40 dan M40 bagi meringankan beban mereka dikala hambatan pandemik yang masih belum berakhir. Berikut adalah maklumat dan jawatan kepada soalan-soalan lazim (FAQ) berkenaan BKC: –

1. Adakah perlu membuat permohonan BKC?

Penerima tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada:

  • Miskin tegar – Permohonan BPR 2021 yang didaftar secara automatik daripada data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan eKasih
  • B40 – Permohonan BPR 2021
  • M40 – Percukaian (LHDNM)

 

2. Apakah kriteria semakan kelayakan BKC?

3. Apakah jadual pembayaran BKC

4. Apakah kaedah pembayaran BKC?

Pembayaran BKC akan dibuat berdasarkan kaedah berikut:

  • Miskin Tegar & B40 – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
  • M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian

 

5. Saya memohon BPR 2021 tetapi berstatus tidak lulus, adakah saya layak menerima BKC?

Permohonan anda akan disemak silang dengan data percukaian dan penetapan kategori penerima BKC akan ditentukan berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah dan kelayakan untuk menerima BKC.

6. Permohonan BPR 2021 saya telah lulus dengan status Bujang, tetapi saya telah membuat rayuan dengan status berkahwin, adakah saya layak menerima BKC sebagai isi rumah?

Klasifikasi pembayaran BKC adalah berdasarkan status perkahwinan yang dilaporkan semasa kelulusan permohonan BPR 2021. Sekiranya anda ada membuat rayuan BPR 2021 dengan perubahan status kahwin, pembayaran BKC akan dibuat dengan klasifikasi (Isi Rumah / Bujang) yang terkini jika rayuan BPR 2021 berstatus lulus.

7. Pasangan saya adalah penerima BPR 2021 tetapi telah meninggal dunia. Adakah permohonan pasangan saya masih layak untuk menerima BKC?

Sekiranya penerima BPR 2021 telah meninggal dunia, pembayaran BKC akan dibuat kepada pasangan yang dilaporkan pada Permohonan BPR 2021. Pembayaran adalah secara pengkreditan ke akaun pasangan yang telah dilaporkan atau secara tunai di BSN jika tidak melaporkan maklumat akaun bank.

8. Permohonan BPR 2021 saya tidak lulus disebabkan pendapatan melebihi syarat kelayakan. Saya telah membuat rayuan BPR 2021 kerana saya telah tidak bekerja. Adakah saya layak menerima BKC sebagai kategori B40?

Permohonan anda akan disemak silang dengan data percukaian dan penetapan kategori penerima BKC akan ditentukan berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah dan kelayakan untuk menerima BKC. Sekiranya Rayuan BPR 2021 lulus, pembayaran BKC akan dibuat berdasarkan kategori BKC (Miskin tegar / B40 / M40) yang terkini.

9. Saya adalah penerima Geran Khas Prihatin (GKP). Adakah saya layak menerima BKC?

Penerima GKP tidak layak untuk menerima BKC.

Untuk maklumat secara terperinci berkenaan BKC, ia juga boleh dirujuk di laman rasmi BPR atau DI SINI (PDF).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…