Masih ramai yang belum menerima pembayaran KWSP? Ini senarai bank yang telah dikreditkan

Seperti mana yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz – pembayaran Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah pun diawalkan kepada 18 April 2022, berbanding 20 April 2022 yang ditetapkan sebelum ini.

Dengan pengumuman Menteri Kewangan itu, nampaknya pembayaran KWSP kepada yang diluluskan permohonannya akan dilaksana lebih awal ke akaun bank masing-masing.

Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP

Berdasarkan kenyataan KWSP dari laman sosial rasminya, pembayaran ke akaun bank akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.

Pembayaran juga bergantung kepada tarikh permohonan dikemukakan, di mana semakin awal permohonan, maka akan lebih awal pembayaran dimasukkan ke akaun. Seperti mana yang dimaklumkan, permohonan pengeluaran khas ini dibuka selama sebulan dari 01 April 2022 sehingga 30 April 2022.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bank yang telah dikreditkan

Dalam masa sama, berdasarkan dapatan melalui hantaran-hantaran di media sosial, antara bank-bank yang telah pemohon menerima bayaran adalah Maybank, RHB, CIMB dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Oleh itu, bagi mereka yang belum menerima bayaran – ia mungkin akan dimasukkan ke akaun bank masing-masing dalam tempoh 2 ke 3 hari lagi atau dari 19 April sehingga 24 April 2022.

Sekiranya merujuk kepada bayaran i-Sinar sebelum ini, majoriti bank di seluruh negara akan melakukan proses pengkreditan bayaran pada jam dari 8 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 5 petang.

Namun begitu, pemohon masih disarankan untuk membuat semakan pembayaran dari semasa ke semasa melalui Portal Pengeluaran Khas KWSP atau i-Akaun KWSP.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…