pembayaran

Pembayaran RM8,000 sekali seumur hidup untuk penerima STR: Berikut cara buat tuntutan MySalam

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan ini diberikan dengan tujuan untuk meringankan beban rakyat khususnya mereka dari kalangan B40 dan M40.

Antaranya adalah melalui sebuah program yang dikenali sebagai MySalam. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program tersebut: –

Pembayaran RM8,000 sekali seumur hidup

MySalam adalah sebuah skim perlindungan takaful percuma yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah atau B40. Skim ini diuruskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia melalui Tabung Amanah mySalam.

Pada asalnya, mySalam dirangka untuk beroperasi selama 5 tahun – bermula dari tahun 2019 sehingga tahun 2023. Akan tetapi, disebabkan maklum balas rakyat Malaysia yang memberansangkan terhadap skim mySalam, pihak kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan skim ini sehingga tahun 2025.

Berikut adalah dua jenis manfaat yang ditawarkan oleh mySalam:

  • Manfaat Hospitalisasi:
    • Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti, dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM 700 setahun.
  • Manfaat Penyakit Kritikal:
    • Sekiranya penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, ahli mySalam tersebut boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun ahli mySalam sekali seumur hidup.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur 21 hingga 65 tahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  • Penerima bantuan khas kewangan seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Cara Buat Tuntutan

Bagi yang menepati syarat-syarat mySalam, semakan kelayakan boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasminya (DI SINI) dengan mengisi maklumat nombor Kad Pengenalan di ruang yang disediakan. Tuntutan mySalam pula boleh dibuat dengan tatacara berikut:

Tuntutan Penyakit Kritikal

  • Langkah 1: Layari portal rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
  • Langkah 2: Klik Muat turun Borang dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal.
  • Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’.
  • Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon Tuntutan, kemudian ikon Penghantaran Tuntutan. Skrol ke bawah laman dan klik ikon Tuntutan Penyakit Kritikal.
  • Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan, klik butang Muat naik untuk memuat naik dokumen* yang berkenaan. Seterusnya klik butang Lampirkan.
    • Salinan Kad Pengenalan – (depan dan belakang)
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
  • Langkah 6: Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

 

Tuntutan Hospitalisasi

  • Langkah 1: Layari portal rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
  • Langkah 2: Klik ikon Tuntutan, kemudian ikon Penghantaran Tuntutan. Skrol ke bawah laman dan klik ikon Tuntutan Hospitalisasi.
  • Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan, klik butang Muat naik untuk memuat naik dokumen* yang berkenaan. Seterusnya klik butang Lampirkan.
    • Salinan Kad Pengenalan – (depan dan belakang)
    • Salinan Nota Discaj
  • Langkah 4: Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan. *Semua dokumen yang diperlukan hendaklah dimuat naik dalam format PDF atau JPEG.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Dimaklumkan bahawa anggarapan masa untuk memproses kedua-dua tuntutan Hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah selama 10 hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap. Jika terdapat dokumen atau maklumat yang diterima tidak lengkap, proses semakan akan mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah lengkap.

Untuk maklumat lengkap berkenaan skim ini, sila rujuk di Portal Rasmi mySalam – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…